Back To School 4.0

 

BACK TO SCHOOL 4.0 | Anugerah Sayap Ilmu MyLustre: MYLUSTRE MENCARI PELAJAR PENDIDIKAN TINGGI, MADRASAH DAN KANAK-KANAK ISTIMEWA YANG MEMERLUKAN SEBARANG BANTUAN BAGI KEPERLUAN PENDIDIKAN BERNILAI KESELURUHAN $10,000.

MyLustre meneruskan program Back To School (BTS) buat tahun yang ke-4. Kali ini fokus MyLustre ialah memberi bantuan dengan pengagihan berjumlah $10,000 buat pelajar-pelajar di peringkat pendidikan tinggi, madrasah dan juga golongan anak-anak istimewa yang memerlukan bantuan bagi keperluan pendidikan mereka.

Perbezaan kumpulan sasar bagi tahun ini mengambil faktor misi MyLustre dalam membantu golongan yang sering dilepas pandang iaitu pelajar dalam keluarga di kelas pertengahan serta anak-anak istimewa yang memerlukan perhatian dan perbelanjaan yang lebih tinggi.

MyLustre mengakui ibubapa mengeluarkan perbelanjaan yang tinggi buat anak-anak di peringkat pendidikan tinggi sehinggakan terpaksa menghentikan pembelajaran akibat ketidakmampuan membayar yuran pengajian atau sebab-sebab lain.

Oleh itu MyLustre mahu membantu, kerana kami percaya akan kepentingan pendidikan buat generasi akan datang dan ia tidak patut terhenti begitu sahaja.

KATEGORI PEMOHON ANUGERAH SAYAP ILMU MYLUSTRE :
a) Pelajar Pengajian Tinggi dengan pendapatan per kapita keluarga - $2000 kebawah
b) Pelajar Kanak-Kanak Istimewa dengan pendapatan per kapita keluarga - $850 kebawah
c) Pelajar Madrasah dengan pendapatan per kapita keluarga - $850 kebawah

CARA MEMOHON:
a) Direct Messaging (DM) Facebook @MyLustre.media atau Instagram @mylustre.media
b) Atau email ke media@mylustre.com
c) Berikan nama anda/calon dan ceritakan kepada kami mengapa anda/beliau layak menerima Anugerah Sayap Ilmu MyLustre.
d) Nyatakan apakah bantuan yang diingini. Anda juga bebas untuk memberikan gambar atau video bagi menyokong cerita bagi diri/calon anda.
e) Jika terpilih dan bersetuju, anda akan ditemu bual, diambil gambar, video dan segala bentuk visual akan digunakan bagi tujuan pemasaran syarikat.

Sejak pertama kali dilancarkan pada 2016, program Back To School sedikit sebanyak telah membantu hampir 100 keluarga memerlukan bagi meringankan beban pembelajaran anak-anak. Tahun ini MyLustre ingin menyelami dengan lebih dalam disebalik kesusahan pelajar-pelajar di Singapura dan membantu mereka.

Recap Back To School 2018