General

Lihat Warna, Ketahui Nutrisinya

Lihat Warna, Ketahui Nutrisinya

Sayur dan buah-buahan adalah ‘superfood’ yang memberi banyak manfaat buat kesihatan manusia. Keajaiban dalam sumber makanan dicipta Allah S.W.T buat hambanya sungguh hebat sekali. Tahukah anda warna pada sayur dan buah itu sendiri telah memberi gambaran kepada jenis nutrisi yang terkandung di dalamnya.   Mempelbagaikan jenis warna sayuran dan buah dalam pemakanan adalah sama penting dengan jumlah kuantiti konsumsi sayur dan buah. Karin Hosenfeld, pakar diet di Dallas, Amerika Syarikat berkata "Kita tahu warna paling cerah dalam sayur dan buah mengandungi nutrisi paling tinggi.” "Makan berbagai jenis warna memastikan anda mendapat kesemua manfaat yang ada daripada semua jenis warna tersebut,” tambah beliau (1).  ...

Read more →


Tomato dan Kaitannya dengan Kesuburan Lelaki

Tomato dan Kaitannya dengan Kesuburan Lelaki

Tomato atau nama saintifiknya Solanum lycopersicum merupakan tumbuhan yang berasal dari Amerika Selatan. Ia disebarkan ke seluruh dunia oleh pedagang Sepanyol. Buah tomato kebanyakannya berwarna merah tetapi terdapat juga tomato yang berwarna hitam,ungu,kuning dan oren. (2) Di Itali, makanan ruji majoriti penduduknya berasaskan tomato dan ia merupakan bahan asas dalam pembuatan makanan seperti pasta dan juga pizza. Di Malaysia, tomato  turut meluas digunakan dalam makanan seharian misalnya untuk nasi ayam, pelbagai jenis kerabu seperti kerabu betik dan sebagainya. Antara bahan penting dalam tomato  ialah likopen (lycopene). Ia berfungsi sebagai antioksidan yang membantu menyingkirkan unsur radikal bebas di dalam tubuh. (2)...

Read more →


Berapa Kali Anda Boleh Tekan Tubi?

Berapa Kali Anda Boleh Tekan Tubi?

Lelaki yang mampu melakukan tekan tubi 40 kali atau lebih mempunyai 96% lebih kurang risiko untuk mengalami masalah jantung dalam 10 tahun akan datang daripada mereka yang berputus asa pada bilangan ke 10 atau kurang (1).   Peratusan diambil daripada kajian baharu JAMA Network Open ini menimbulkan pendapat bahawa senaman tekan tubi boleh menjadi alat Do-It-Yourself terbaik untuk meramal kondisi jantung anda. Pendapat ini disokong oleh pengkaji Akademi Kesihatan Umum Universiti Harvard, Justin Yang.   Penting untuk kita mengambil berat kondisi jantung kita kerana penyakit kardiovaskular merangkumi 31% kematian seluruh dunia pada 2017 menurut Benjamin EJ, dalam kajiannya Heart Disease...

Read more →


Baiknya Berpeluh

Baiknya Berpeluh

Berpeluh merupakan cara untuk badan dan kulit kita berlindung daripada kepanasan. Berpeluh juga meningkatkan peredaran darah dalam tubuh badan. Titisan peluh dari badan merupakan bukti badan kita mempunyai mekanisma untuk penyejukan yang boleh membantu untuk membersihkan liang roma. Peluh mengandungi air serta sodium, klorida, dan juga potassium; menurut Dr. Adebola Dele-Michael, seorang dermatologist di New York. Ada banyak manfaat yang kita boleh perolehi dari perpeluhan, antaranya: Kelihatan Lebih Muda – Dalam buku The Beauty of Dirty Skin oleh Whitney Bowe, perpeluhan yang disebabkan oleh senaman boleh memberi impak kepada bilangan dan kesihatan mitokondria yang terdapat pada sel kulit kita dan...

Read more →


Adakah Anda Kurang Vitamin C?

Adakah Anda Kurang Vitamin C?

Vitamin C merupakan vitamin larut air yang badan perlu untuk menjalani fungsi harian.Vitamin C banyak terdapat di dalam sayur-sayuran dan buah-buahan strawberri, kiwi, betil, brokoli, tomato, lada benggala, and kobis bunga. Vitamin C perlu untuk pertumbuhan tisu & proses pembaikan tubuh badan. Ia juga membantu dalam penghasilan kolagen (yang akan digunakan untuk membina kulit, salur darah, kartilaj, ligament, dan tendon). Ia juga merupakan nutrient yang diperlukan dalam penyembuhan luka, penyerapan zat besi, dan memelihara kesihatan tulang. Vitamin C merupakan bahan antioksidan yang membantu mengurang kesan radikal bebas. Kekurangan vitamin C dalam badan boleh dikesan oleh tanda-tanda berikut: Gusi bengkak dan...

Read more →

Sale

Unavailable

Sold Out

loader_img

    View Detail

    Item added to cart! View Cart.

    https://mylustre.com
    ${{amount}}