General

Awas, Jangan Minum Susu Kambing Mentah!

Awas, Jangan Minum Susu Kambing Mentah!

Susu kambing sememangnya mengandungi banyak khasiat. Pengambilan susu kambing secara teratur mampu mencegah pereputan tulang (osteoporosis) dan juga mampu mengekalkan protein dan asid amino dalam badan pada tahap yang diperlukan. Didakwa sebagai susu terbaik selepas susu ibu, produk minuman susu kambing kini mendapat permintaan tinggi kerana manfaatnya yang pelbagai. (3) Namun awas! Ia boleh memudaratkan jika diminum mentah-mentah tanpa dimasak terlebih dahulu. Pada bulan lepas, terdapat sebuah kes di mana seramai 8 orang telah dijangkiti dengan wabak brucellosis akibat meminum susu kambing mentah daripada sebuah ladang ternakan kambing. Hasil siasatan mendapati, susu mentah yang diminum oleh mangsa-mangsa tersebut telah dicemari...

Read more →


5 Makanan Terbaik Bagi Pesakit Sembelit

5 Makanan Terbaik Bagi Pesakit Sembelit

Adakah anda buang air besar hanya 3 kali seminggu, najis keras, proses buang air besar yang tidak lengkap (tidak puas), rasa tersekat dan sukar meloloskan najis tersebut. Jika anda mengalami salah satu simptom ini anda mungkin mengalami sembelit. Tahukah anda 14% orang mengalami sembelit kronik pada satu-satu masa. Sesetengah orang pula hanya mengalami sembelit yang berlaku sekali sekala.     Punca berlakunya sembelit adalah akibat: Kekurangan serat dalam diet Tidak aktif secara fizikal Penggunaan Ubat Sindrom Rengsa Usus Mengandung Menahan dari membuang air besar Tidak minum air yang mencukupi Menggunakan ubat seperti Laxative mampu mengurangkan penyakit ini namun ia mempunyai...

Read more →


Superfood bawah RM10/$3

Superfood bawah RM10/$3

Apa itu superfood? Superfood merupakan makanan yang menawarkan pelbagai faedah kesihatan melebihi pemakanan asas dan juga mengandungi fitonutrien.* Kebanyakan superfood yang popular seperti ikan salmon, buah-buahan organik dan pelbagai jenis beri biasanya diimport dan harganya pula mahal. Namun sebenarnya ada banyak superfood yang murah  dan mudah didapati. Antaranya : #1 Halia Halia merupakan tumbuhan berakar yang telah lama digunakan secara meluas dalam masakan. Selain untuk menambah rasa, halia mempunyai banyak ciri-ciri farmakologikal. Ia telah digunakan sejak beribu-ribu tahun dahulu sebelum ia dikategorikan sebagai superfood. Sebuah kajian telah telah membuktikan keberkesanan halia sebagai antiradang dan antioksidan. Ia juga terbukti berkesan melindungi...

Read more →


Mata Kering? Ketahui Punca Dan Cara Mencegahnya

Mata Kering? Ketahui Punca Dan Cara Mencegahnya

Mata kering adalah keadaan dimana penghasilan air mata anda tidak cukup untuk membasahkan dan menjadi pelincir di bahagian mata anda. Air mata yang tidak mencukupi boleh disebabkan oleh pelbagai punca (1). Simptom dan Tanda Mata kering Beberapa tanda dan simptom apabila seseorang itu mengalami mata kering antaranya: Rasa panas dan berpasir pada mata Sensitif kepada cahaya Mata menjadi merah Mata menghasilkan lebih banyak air mata seolah seperti menangis Pandangan sedikit kabur Gejala mata kering kebiasaannya berlaku seketika sahaja dan ia boleh dihilangkan dengan cara mengelipkan mata dengan lebih kerap ataupun mengelakkan perkara yang menyebabkan mata tersebut menjadi kering (2). Akan...

Read more →


Jangan Pisahkan Raja dan Ratu Buah. Ada Sebabnya ia Digelar Sebegitu!

Jangan Pisahkan Raja dan Ratu Buah. Ada Sebabnya ia Digelar Sebegitu!

Musim durian kembali menggila. Penggemar raja buah ini pasti tak ketinggalan mengunjungi gerai-gerai menjual buah durian yang berlambak sekarang. Namun, tahukah anda kadar histamina dalam buah durian adalah tinggi? Histamina merupakan sejenis sebatian yang terbentuk daripada pendekarboksilan histidina*, dan dibebaskan terutamanya oleh sel masta dalam tindak balas alergik, untuk menimbulkan inflamasi. (1) Bagi mereka yang mempunyai alahan, ekzema dan cirit-birit berhati-hati dengan raja buah ini. Ia boleh membuatkan anda sengsara kelak . Namun usah khuatir kerana anda boleh makan buah manggis pula selepas makan buah durian! Mengapa? Buah manggis berfungsi untuk mengatasi pengeluaran histamina. Ia boleh dimakan sama ada secarang...

Read more →

Sale

Unavailable

Sold Out

loader_img

    View Detail

    Item added to cart! View Cart.

    https://mylustre.com
    ${{amount}}