Zukini Rangup Cicah Sos Aioli Bawang Putih – MyLustre.com

Zukini Rangup Cicah Sos Aioli Bawang Putih

 

Bahan-bahan untuk Zukini goreng:

  • 1 batang zukini dipotong bulat
  • ½ cawan tepung serbaguna
  • 1 sudu teh garam
  • ¼ sudu teh lada hitam secukup rasa
  • 2 biji telur (dipukul)
  • 1 ½ cawan serbuk roti
  • Minyak sayur secukupnya untuk menggoreng

Bahan-bahan untuk Sos Aioli Bawang Putih :

  • 1/3 cawan mayonis
  • 1 ulas bawang putih dicincang
  • ½ sudu besar jus lemon
  • ¼ sudu teh garam
  • 1/8 sudu teh lada hitam secukup rasa

Cara-caranya:

  • Ambil 3 mangkuk dan masukkan ½ cawan tepung serbaguna kedalam mangkuk pertama bersama 1 sudu teh garam dan ¼ sudu teh lada hitam. Letakkan dua biji telur ke dalam mangkuk ke dua dan pukul telur menggunakan garfu. Dalam mangkuk ketiga pula masukkan 1 ½ cawan serbuk roti.
  • Salut zukini dengan tepung kemudian celup ke dalam telur.Seterusnya salut ke dalam serbuk roti.
  • Masukkan minyak kira-kira ¼ daripada paras kuali. Setelah minyak panas, masukkan zukini dan goreng kira-kira 3 minit atau sehingga berwarna perang keemasan. Kemudian letakkan zukini yang telah digoreng ke atas pinggan yang telah diletakkan tisu dapur.

Cara Membuat Sos Aioli:

  • Campurkan 1/3 cawan mayonis, 1 ulas bawang putih yang dicincang, ½ sudu besar jus lemon, ¼ teh sudu garam dan 1/8 teh sudu lada hitam. Kacau sebati. Itu sahaja!
  • Hidangkan zukini rangup panas-panas bersama sos aioli.

 

 

 


Older Post Newer Post


Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published

Sale

Unavailable

Sold Out

loader_img

    View Detail

    Item added to cart! View Cart.

    https://mylustre.com
    ${{amount}}