Tomato dan Kaitannya dengan Kesuburan Lelaki

Tomato atau nama saintifiknya Solanum lycopersicum merupakan tumbuhan yang berasal dari Amerika Selatan. Ia disebarkan ke seluruh dunia oleh pedagang Sepanyol. Buah tomato kebanyakannya berwarna merah tetapi terdapat juga tomato yang berwarna hitam,ungu,kuning dan oren. (2)

Di Itali, makanan ruji majoriti penduduknya berasaskan tomato dan ia merupakan bahan asas dalam pembuatan makanan seperti pasta dan juga pizza. Di Malaysia, tomato  turut meluas digunakan dalam makanan seharian misalnya untuk nasi ayam, pelbagai jenis kerabu seperti kerabu betik dan sebagainya.

Antara bahan penting dalam tomato  ialah likopen (lycopene). Ia berfungsi sebagai antioksidan yang membantu menyingkirkan unsur radikal bebas di dalam tubuh. (2)

 

Tomato juga baik untuk kesuburan lelaki. Kajian mendapati kandungan likopen pada tomato dapat meningkatkan jumlah sperma hingga 70 peratus! (1)

 Kajian telah dilakukan terhadap dua kumpulan di mana salah sebuah kumpulan diberikan suplemen yang mengandungi likopen untuk jangka waktu tertentu dan sebuah kumpulan lagi sebaliknya. 

Hasilnya terdapat hubung kait antara likopen dan kualiti sperma.  Bagi mereka yang mengambil suplemen likopen, kualiti sperma dapat dilihat dari jumlah, bentuk, kecepatan pergerakan sperma sehinggalah DNA sperma. (1)

Roger Kirby, seorang profesor dari London turut mencadangkan penggunaan likopen untuk meningkatkan kualiti sperma. Bagi pasangan yang menghadapi masalah ketidaksuburan, amatlah digalakkan untuk mengambil suplemen yang mengandungi likopen. (1)

Kini anda tiada alasan lagi untuk tidak memakan tomato. Jumlah likopen banyak terkandung di dalam pes tomato. Namun untuk cara yang lebih senang, dapatkan sahaja suplemen yang mengandungi likopen!

 

Rujukan:

(1) tribunnews.com

(2) myagri.com.my

 

 



 

 

 

 

 

 


Older Post Newer Post


Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published

Sale

Unavailable

Sold Out

loader_img

    View Detail

    Item added to cart! View Cart.

    https://mylustre.com
    ${{amount}}