Tips 10 Malam Terakhir Ramadan

Sedar tidak sedar kini Ramadan telah memasuki 10 malam terakhir. Tidak lama lagi Ramadan bakal meninggalkan kita, bulan yang mempunyai pakej lengkap baik dari segi keampunan, pahala dan ganjaran berlipat kali ganda serta malam yang lebih baik dari seribu bulan iaitu malam Lailatulqadar. Bagaimana hendak mengharungi 10 malam terakhir ini dengan sebaik-baiknya? Mungkin tips ini dapat membantu dan memberi manfaat Insya Allah.

  1. MEMPERBANYAKKAN DOA

Apabila seseorang berpuasa, Allah meletakkan beliau di kedudukan yang tinggi dan istimewa.

Malah doa orang berpuasa adalah mustajab di sisi Nya.

Daripada Abdullah bin ‘Amr RA berkata bahawa Nabi SAW bersabda:

“Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa itu ketika dia berbuka doa yang tidak akan ditolak”. (HR Ibn Majah)

 

Maka adalah disarankan agar kita mengambil kelebihan dikurniakan Allah ini. Terutamanya pada 10 malam terakhir Ramadan kerana pada tempoh ini dikatakan adalah tempoh paling dekat dengan malam Lailatul qadr.

 

  1. MENGHIDUPKAN 2/3 MALAM

Umum mengetahui pada bulan Ramadhan terdapat satu malam di mana segala amalan akan dilipat gandakan pahalanya sebanyak 1000 bulan. Malam ini disembunyikan Allah iaitu malam Lailatul qadr.

 

Daripada ‘Aisyah RA, beliau menyatakan bahawa apabila masuk sepuluh akhir Ramadhan, Baginda akan mengetatkan kain sarungnya, menghidupkan malamnya dan mengejutkan ahli keluarganya. (Sahih al-Bukhari).

 

Dengan sekecil-kecil amalan jika dilakukan pada malam Lailatul qadr ia akan menjadi sebesar-besar pahala. Rajinkan beribadah pada 2/3 malam dan jangan terlepas peluang ditawarkan Allah ini terutama pada 10 malam terakhir Ramadan.

 

 

  1. MEMPERBANYAK MEMBACA AL-QURAN

 

Ramadan adalah bulan dimana Al-Quran diturunkan buat pertama kali. Memperbanyakkan bacaan Al-Quran pada 10 malam terakhir adalah cara terbaik dalam melipat gandakan pahala kita. Lebih afdal jika kita mampu mengkhatamkan Al-Quran pada bulan Ramadan ini.

 

  1. BERSEDEKAH/MEMBERI MAKAN ORANG BERPUASA

 

“Barang siapa yang memberikan makanan berbuka kepada orang yang berpuasa, maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa tersebut, tanpa mengurangi sedikit pun pahala orang yang berpuasa itu” (HR Nasa’i dan Tirmidzi)

 

Hadis diatas menyebut tentang kelebihan memberi makan orang berpuasa. Gandaan pahala diraih jika kita bersedekah maka adalah digalakkan untuk kita memperbanyakkan amalan ini pada 10 hari terakhir ini.

 

Semoga kita semua mendapat manfaatnya. MyLustre juga ingin mengajak semua untuk menjaga kesihatan dengan mengamalkan menu yang sihat untuk berbuka dan sahur. Mendapat kesihatan juga adalah satu nikmat daripada Allah SWT. Dengan kesihatan ini jugalah kita dapat beribadah dengan sempurna.

 

Rujukan:

  1. http://www.muftiwp.gov.my/ms/ms-my/perkhidmatan/irsyad-al-hadith/1629-irsyad-al-hadith-siri-ke-196-doa-orang-berpuasa-mustajab
  2. http://muftiwp.gov.my/ms/artikel/irsyad-al-hadith/2448-irsyad-al-hadith-siri-ke-271-maksud-nabi-mengetatkan-kain-ketika-masuk-10-malam-terakhir-ramadan

Older Post Newer Post


Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published

Sale

Unavailable

Sold Out

loader_img

    View Detail

    Item added to cart! View Cart.

    https://mylustre.com
    ${{amount}}