Tip Pemakanan Sepanjang Syawal

Wah, sedar tak sedar umat Islam sudah pun berpuasa selama sebulan dan bakal menyambut Hari Raya Puasa. Sepanjang 30 hari berpuasa dan mengamalkan tip berbuka, sahur dan moreh yang sihat , alangkah ruginya jika tidak meneruskan amalan pemakanan sihat di Hari Raya. Walaupun pelbagai juadah yang sedap belaka bakal menanti, anda perlu sentiasa mengingatkan diri dan tidak terlalu mengikutkan nafsu makan.

Jom amalkan empat tip di bawah ini sepanjang bulan Syawal ini. Maklumlah raya kan sebulan!

Mengawal nafsu

Sebelum anda menjamah pelbagai hidangan yang ada di depan mata, apa kata anda perhatikan semua hidangan sebelum membuat keputusan untuk makan yang mana satu. Cara ini dapat membantu anda untuk mengambil jumlah makanan secara terkawal. Jangan tamak dan akhirnya membazir. Nak cepat kenyang jamahlah hidangan yang berat.

Banyakkan minum air dan makanan yang kaya dengan fiber

Untuk mengelakkan sembelit, minumlah air dengan banyak dan jangan lupa makan makanan yang kaya dengan fiber. Ini adalah untuk mengelakkan anda berada di tandas seharian kelak.

Kurangkan makanan manis

Sewaktu raya air bikarbonat memang popular.Namun anda perlu ingat kandungan gula dalam air bikarbonat sangat tinggi dan ia merupakan penyumbang kepada kegemukan. Jika teringin, minumlah  separuh gelas sahaja dan sulamkan dengan air masak. Sesetengah kuih raya juga mengandungi gula yang tinggi, jangan lupa tu!

Sayur-sayuran dan buah-buahan

Jangan tepikan sayur-sayuran dan buah-buahan yang membantu penghadaman terutamanya setelah seharian anda menikmati pelbagai jenis juadah raya.

 

Rujukan:

 www.wanista.com

 

 


Older Post Newer Post


Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published

Sale

Unavailable

Sold Out

loader_img

    View Detail

    Item added to cart! View Cart.

    https://mylustre.com
    ${{amount}}