Tip Pemakanan di Bulan Puasa

Mahu kekal cergas bertenaga pada bulan puasa? Anda perlu bijak memilih makanan ketika berbuka mahupun bersahur. Jom ikuti tip di bawah untuk kekal sihat di bulan Ramadhan!

 

1) Kurangkan penggunaan minyak dan lemak terutamanya lemak tepu seperti minyak sapi, mentega dan keju ketika menggoreng atau menumis.

 

 2) Tingkatkan pengambilan sayur-sayuran segar dan buah-buahan.

Vitamin, mineral dan serat ada dalam buah-buahan dan sayur-sayuran dan ia sangat diperlukan tubuh terutamanya ketika bulan puasa.

 

3) Minum air dengan banyak.

  • Minum air sekurang-kurangnya 6 hingga 8 gelas sehari.
  • Minum jus buah-buahan (tanpa gula) dan elakkan minuman bergula seperti minuman kordial dan minuman berkafein seperti kopi dan teh ketika berbuka puasa.
  • Makanan seperti sup, bubur dan juga pudding juga boleh meningkatkan pengambilan air.

4) Kurangkan makanan masin terutamanya ketika bersahur.

  • Semasa berpuasa anda akan lebih berasa dahaga. Pengambilan makanan masin seperti belacan, kicap dan ikan masin boleh meningkatkan rasa dahaga. Jadi kurangkan makanan masin jika anda tidak mahu rasa terlampau dahaga di bulan Ramadhan.
  • Risiko untuk mendapat penyakit kronik seperti hipertensi juga boleh dikurangkan.

5) Kurangkan makanan dan minuman manis

Pelbagai jenis masalah kesihatan seperti kegemukan yang juga merupakan faktor risiko kepada penyakit-penyakit kronik seperti diabetes dan hipertensi dapat dielakkan jika anda mengurangkan makanan dan juga minuman manis.

Semoga dengan tip-tip yang kami kongsikan di atas membuatkan anda sentiasa kekal aktif walaupun di bulan Ramadhan!

 

Rujukan: http://www.myhealth.gov.my


Older Post Newer Post


Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published

Sale

Unavailable

Sold Out

loader_img

    View Detail

    Item added to cart! View Cart.

    https://mylustre.com
    ${{amount}}