Tip Hilangkan Berat Badan Pada Waktu Malam – MyLustre.com

Tip Hilangkan Berat Badan Pada Waktu Malam

Ramai yang bekerja sepanjang hari dan kadangkala ada yang habis kerja setelah matahari terbenam. Hasilnya ramai yang bagi alasan tidak cukup masa untuk bersenam. Jadi bagaimana nak turunkan berat badan terutamanya pada waktu malam? Senang jika anda ikut tip-tip di bawah ini!:

 

Makan Malam Rendah Garam

Makan makanan yang mengandungi banyak garam terutamanya pada waktu malam pasti akan membuatkan anda berasa kembung pada keesokan hari. Garam yang tertinggal dalam sistem penghadaman sepanjang malam pula akan menyimpan air dalam tubuh sekaligus menyebabkan pertambahan berat badan. Untuk makan malam lebih bagus jika anda makan makanan sederhana seperti sayur-sayuran yang dikukus atau direbus.

 

Senaman Malam

Semua orang tahu senaman dan berpeluh dapat membantu mengurangkan berat badan. National Sleep Foundation of America telah menjalankan kajian pada tahun 2013 dan hasil kajian mendapati seseorang yang kekal aktif akan mendapat tidur yang lebih baik berbanding yang tidak aktif. Ini adalah kerana:

 

  • Senaman dapat melepaskan semua tekanan sepanjang hari
  • Senaman menjadikan anda letih dan boleh membuatkan anda tidur dengan nyenyak.

 

Sediakan makanan tengah hari

Jika anda ingin menggunakan banyak kalori dalam badan, sediakanlah makan tengah hari untuk keesokan hari pada waktu malam. Masak hidangan sendiri juga mempunya separuh jumlah kalori berbanding kebanyakan hidangan di restoran.

 

 

Minum banyak air

Minum air secukupnya memang banyak manfaatnya. Hasilnya kulit anda akan nampak cantik dan ia juga membantu mengurangkan berat badan. Namun jika anda tidak mahu berjaga untuk ke bilik air pada waktu malam, minumlah air sejam sebelum tidur.

 

Pastikan bilik tidur anda gelap

Tubuh akan menghasilkan hormon melatonin jika anda berada dalam kegelapan. Hormon inilah yang menggalakkan proses pembakaran kalori. Oleh itu jika anda ingin mempercepatkan proses penurunan berat badan, tidurlah dalam bilik yang gelap!

Tidur di bilik tidur yang sejuk

Jika anda berada dalam persekitaran yang sejuk, anda akan menggunakan lebih banyak tenaga untuk memanaskan badan. Hal ini sekaligus dapat membantu anda membakar kalori dan mengurangkan berat badan.

 

Mudah sahaja nak turunkan berat badan sebenarnya. Yang penting rajin, konsisten dan keazaman yang tinggi. Semoga berjaya kami ucapkan!

 

 

Sumber:

 

http://www.womenshealthmag.com/fitness/exercise-at-night

http://www.womenshealthmag.com/weight-loss/night-time-weight-loss-tips.

 


Older Post Newer Post


Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published

Sale

Unavailable

Sold Out

loader_img

    View Detail

    Item added to cart! View Cart.

    https://mylustre.com
    ${{amount}}