Tingkatkan Bacaan & Dekatkan Diri Dengan al-Quran

Bersempena Nuzul Al-Quran hari ini (22 Mei bersamaan 17 Ramadan) apakata kita mendekati al-Quran dan meningkatkan bacaan bersama mukjizat terbesar Nabi Muhammad SAW ini. Peristiwa Nuzul al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat Al-Quran pertama kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan Malaikat Jibrail iaitu lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq hingga seterusnya secara berperingkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini.

Dengan kehidupan masyarakat kini yang pantas, sedikit sebanyak membataskan waktu buat kita mendekatkan diri dengan Al-Quran. Dengan itu artikel ini ingin menkongsikan antara cara yang boleh anda lakukan dalam memudahkan diri untuk mendekati Al-Quran.  

  1. Memperkuatkan Niat Kita

Membaca Al-Quran bukan sekadar untuk membaca isinya sahaja. Kuatkan niat kita untuk membaca dan mengamalkan intipati terdapat di dalam Al-Quran. Ini adalah untuk mendapatkan sepenuh manfaat kerana Al-Quran adalah sebaik-baik panduan hidup.

Jadikan Nabi Muhammad SAW sebagai contoh, baginda digelar Al-Quran bergerak yang mengalunkan ayat-ayat Al-Quran serta menghidupkan apa yang terkandung dalam Kalam Allah itu.

  1. Amalkan Pengambilan Wuduk Sebelum Membaca Al-Quran

Al-Quran bukan sekadar kitab biasa. Ia adalah kata-kata Allah yang dipenuhi mukjizat dan melalui pengambilan wuduk, ia mempersiapkan mental dan fizikal kita untuk mengingatkan diri bahawa kita sedang ingin berhubung dengan Allah SWT. Oleh itu kesucian juga penting untuk dijaga sebelum membaca Al-quran.

  1. Mulakan Dengan 5 Minit Bacaan Setiap Hari

Jika anda seorang yang sibuk, tidak mengapa mulakan dahulu dengan bacaan Al-Quran selama 5 minit sehari.

Dengan cara ini jika ia dilakukan secara konsisten, tanpa sedar 5 minit akan bertukar 10 minit dan 10 minit menjadi setengah jam atau mungkin lebih lama lagi. Fokus dahulu kepada prosesnya nescaya anda akan mendapat hasilnya.

  1. Memahami Maksud Ayat Yang Dibaca

Mengetahui maksud disebalik ayat-ayat yang dialunkan pasti akan memberikan manfaat yang lebih besar seperti perasaan yang tenang atau mungkin jawapan-jawapan kepada permasalahan yang terjadi dalam hidup kita.

Gunakan Al-Quran bersama terjemahan untuk memudahkan bacaan dan fahaman anda. Al-Quran bukan hanya sekadar di telinga, tetapi harus sampai ke hati. Membaca Al-Quran itu dapat menenangkan hati dan untuk mengubati.

  1. Belajar Tajwid

Keindahan alunan bacaan ayat suci Al-Quran akan pudar tanpa hukum tajwid yang betul. Oleh itu belajar dan amalkan hukum tajwid yang betul. Yang terbaik pastilah dengan belajar secara berguru atau mungkin melalui kitab-kitab Al-Quran yang dicetak dengan panduan tajwid yang mudah.

 

Rujukan:

  1. https://www.bharian.com.my/rencana/agama/2019/04/555584/amalkan-15-adab-membaca-al-quran
  2. http://irep.iium.edu.my/53753/1/Keutamaan%20Membaca%20Al-Quran%20di%20Bulan%20Ramadhan%20_Artikel.pdf

Older Post Newer Post


Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published

Sale

Unavailable

Sold Out

loader_img

    View Detail

    Item added to cart! View Cart.

    https://mylustre.com
    ${{amount}}