Terung Rangup Bersalut Madu | JIM MASAK – MyLustre.com

Terung Rangup Bersalut Madu | JIM MASAK

 

 

Bahan-bahan:

 

2 biji terung bulat

2 cawan serbuk roti

½ cawan tepung serbaguna

2 biji telur (dipukul sebentar)

Minyak sayur untuk menggoreng

1 sudu teh bijan

Garam laut secukup rasa

 

Bahan untuk sos:

1/3 cawan madu

3 sudu besar cuka

2 sudu teh kicap cair

1 sudu teh tepung jagung yang dicampur dengan 2 sudu besar air

 

Cara-caranya:

Langkah 1

Potong dan buang pangkal terung, kemudian poong terung kepada bentuk kiub dan perasakan dengan garam secukup rasa. Biarkan selama 10 minit.

 

Langkah 2

Panggang bijan sebentar dalam kuali kecil kemudian tepikan

 

Langkah 3

Letakkan serbuk roti, tepung dan telur ke dalam pinggan berasingan.

 

Langkah 4

Celup terung ke dalam tepung, kemudian telur dan diikuti dengan serbuk roti

 

Langkah 5

Masukkan kira-kira 1/3 minyak daripada kapasiti kuali atau pan. Panaskan dengan api yang tinggi.

 

Langkah 6

Setelah api panas, masukkan terung dan masak sehingga berwarna perang keemasan. Kemudian angkat dan letakkan ke dalam pinggan berlapikkan tisu dapur.

 

Langkah 7

Panaskan pan kecil dengan api sederhana kemudian masukkan madu, cuka dan kicap cair. Biarkan mendidih selama seminit. Kemudian masukkan campuran tepung jagung, kacau dan didihkan sehingga sos memekat. Kemudian angkat dan tepikan.

 

Langkah 8

Hidangkan ‘nugget’ terung bersama sos madu kemudian taburkan bijan yang telah dipanggang.

 

 

 

 


Older Post Newer Post


Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published

Sale

Unavailable

Sold Out

loader_img

    View Detail

    Item added to cart! View Cart.

    https://mylustre.com
    ${{amount}}