Tak Ramai Tahu: Sayuran Bayam Tidak Sesuai Dipanaskan Semula!

Bayam sememangnya ada banyak manfaat dan khasiat  untuk tubuh kita antaranya ialah ia boleh mengatasi kurang darah, meningkatkan fungsi ginjal, menurunkan demam dan banyak lagi. Sayur bayam juga mengandungi vitamin A, vitamin B, vitamin C, zat besi dan juga kalium. Disebabkan itu bayam merupakan menu masakan pilihan yang sihat untuk kita semua. Namun tahukah anda ia mempunyai efek sampingan yang merbahaya? Ia boleh bahaya terutamanya jika dipanaskan semula selepas 12 jam!

Bayam memiliki kandungan nitrat yang sangat tinggi menurut laman Eufif.org. Tanah tempat bayam tumbuh menentukan tinggi atau rendahnya kandungan nitratnya. Semakin tinggi kandungan nitrat bayam bermaksud semakin tinggi bahayanya.  

Apa jadi jika sayur bayam dipanaskan semula? Jawapannya adalah kandungan nitrat di dalamnya dapat berubah jadi sejenis cairan korosif yang tidak berwarna dan cairan tersebut merupakan jenis asid beracun.Selain itu, nitrat juga boleh berubah menjadi nitrosamin, sejenis bahan yang menyerupai zat karsinogen yang dapat menyebabkan kanser.Perubahan nitrat tersebut adalah disebabkan oleh perubaaan suhu yang terjadi selama proses pemanasan kembali sayur bayam.

Oleh itu berhati-hatilah. Tak perlu panaskan semula bayam jika anda mahu makan semula ya!

 

Sumber:

https://www.wowmenariknya.com/

sinar.my

 


Older Post Newer Post


Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published

Sale

Unavailable

Sold Out

loader_img

    View Detail

    Item added to cart! View Cart.

    https://mylustre.com
    ${{amount}}