Tak Puas Hati Dengan Saiz Payudara Anda? Ini Cara Selamat  Besarkan Pa – MyLustre.com

Tak Puas Hati Dengan Saiz Payudara Anda? Ini Cara Selamat  Besarkan Payudara Tanpa Pembedahan!

Topik ini pasti menarik perhatian golongan wanita yang ingin membesarkan payudara mereka tanpa melalui kaedah pembedahan. Pendek kata secara semulajadi. Ada beberapa kaedah yang boleh anda amalkan. Bacalah sehingga habis, cuba amalkan dan semoga berjaya!

  1. Urutan menggunakan beberapa jenis minyak
  • Minyak zaitun

Kaya dengan nutrisi, mintak zaitun dipercayai boleh membantu meningkatkan peredaran darah. Ia turut mengandungi phytoestrogen yang meniru aktiviti estrogenik dalam badan dan boleh digunakan sebagai salah satu cara untuk membesarkan payudara. Caranya, anda perlukan 2 sudu teh minyak zaitun dan gosokkan di telapak tangan anda. Kemudian sapu dan urutkn secara lembut selama 5 hingga 10 minit. Anda disyorkan untuk mengulangi sehingga 2 kali sehari.

  • Minyak pati serai 

Minyak pati serai mengandungi monoterpene yang dipanggil nerol. Nerol didapati menunjukkan aktiviti estrogenik pada kepekatan yang tinggi. Disebabkan itu ia boleh digunakan untuk membesarkan payudara. Kaedahnya, anda perlukan 10 hingga 12 titis minyak pati serai, 30ml minyak zaitun atau minyak kelapa, kemudian campurkan kedua-dua minyak pilihan anda. Seterusnya sapu pada payudara selama 5 hingga 10 minit. Ulang setiap pagi dan malam sehingga anda berpuas hati dengan saiz payudara yang diingi.

  • Minyak pati ros

Minyak ini kaya dengan kandung moniterpenoid yang dipanggil geraniol. Ia berfungsi seperti nerol iaitu turut menunjukkan aktiviti estrogenik pada kepekatan tinggi. Caranya anda perlukan 10 hingga 12 titis minyak ini dan 30 ml minyak zaitun atau kelapa. Campurkan kedua-dua minyak kemudian sapu dan urut lembut payudara anda selama 5 hingga 10 minit. Ulang sebanyak dua kali sehari.

 

  1. Vitamin

Lagi satu cara yang tidak menyakitkan ialah dengan pengambilan vitamin. Vitamin yang popular dalam membantu membesarkan payudara ialah vitamin A,B3,C dan E. Berikut adalah fungsi-fungsi setiap vitamin:

Vitamin A: Membantu proses pengeluaran kolagen sekaligus membantu menganjalkan payudara.

Vitamin B3: Membantu meningkatkan peredaran darah dalam badan sekaligus menggalakkan pembesaran payudara.

Vitamin C: Membantu menghasilkan kolagen dan memastikan sel payudara kekal terhidrasi. Dalam masa yang sama membantu mengimbangi hormon-hormon badan yang boleh mempengaruhi saiz payudara.

Vitamin E: Membantu mengawal selia paras kolestrol yang akhirnya memberi peningkatan terhadap saiz payudara.

Disyorkan supaya anda mengambil makanan yang kaya dengan vitamin-vitamin yang disenaraikan di atas berbanding suplemen tambahan.

  1. Diet pemakanan

Sesetengah makanan dipercayai dapat membantu merangsang estrogen dan pertumbuhan payudara. Antara yang boleh diamalkan adalah buah-buahan seperti epal, kurma,betik, delima, ceri, buah zaitun dan juga avokado. Jenis sayur-sayuran pula terdiri daripada taugeh,bawang putih,timun dan juga lobak. Jenis kekacang yang anda boleh ambil ialah seperti pistachio, buah berangan dan juga walnut.

  1. Senaman dada

Selain mengamalkan pemakanan yang betul, senaman juga adalah cara yang selamat tanpa pembedahan. Gabungan pemakan dan senaman dada pasti dapat membantu anda mendapatkan saiz payudara yang anda idamkan.

Kebiasaannya senaman dada melibatkan bahagian lengan serta bahu. Anda boleh melakukan senaman seperti push-up, chair lift, wall press, dan chest press . Senaman seperti ini membantu dalam peregangan dan toning di sekitar payudara anda dan juga menjadikan anda lebih cergas dan sihat.

 

 

Walaupun tiada sebarang kajian saintifik membuktikan keberkesanan kaedah-kaedah di atas, namun tak salah jika kita mencuba, betul tak?

 

Sumber:

https://www.stylecraze.com/articles/how-to-increase-breast-size-naturally/

 


Older Post Newer Post


Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published

Sale

Unavailable

Sold Out

loader_img

    View Detail

    Item added to cart! View Cart.

    https://mylustre.com
    ${{amount}}