Superfood bawah RM10/$3

Apa itu superfood? Superfood merupakan makanan yang menawarkan pelbagai faedah kesihatan melebihi pemakanan asas dan juga mengandungi fitonutrien.*

Kebanyakan superfood yang popular seperti ikan salmon, buah-buahan organik dan pelbagai jenis beri biasanya diimport dan harganya pula mahal. Namun sebenarnya ada banyak superfood yang murah  dan mudah didapati. Antaranya :

#1 Halia

Halia merupakan tumbuhan berakar yang telah lama digunakan secara meluas dalam masakan. Selain untuk menambah rasa, halia mempunyai banyak ciri-ciri farmakologikal. Ia telah digunakan sejak beribu-ribu tahun dahulu sebelum ia dikategorikan sebagai superfood. Sebuah kajian telah telah membuktikan keberkesanan halia sebagai antiradang dan antioksidan. Ia juga terbukti berkesan melindungi tubuh daripada penyakit tertentu dan berupaya melegakan rasa loya

#2 Kunyit

Kunyit juga dikenali sebagai "Safron India" merupakan salah satu lagi rempah yang terkenal sebelum zaman perubatan moden. Penyelidikan makmal ke atas kunyit sejak beberapa dekad mendapati ia mengandungi banyak bahan dan elemen yang memberi kesan-kesan positif. Selain berfungsi sebagai agen antioksida yang kuat, ia juga mampu menghalang pertumbuhan bakteria tidak baik dalam badan dan patogen tertentu.

#3 Manggis

Buah manggis boleh digelar sebagai buah mujarab kerana ia mengandungi nutrien dan antioksidan yang sangat tinggi. Berdasarkan keputusan beberapa kajian, pengambilan manggis mampu memantapkan lagi sistem imun dan sangat bermanfaat untuk kesihatan tubuh kita secara keseluruhannya.

Sebenarnya ada banyak lagi superfood yang mampu dibeli dan kami turut berkongsikan superfood yang lain di segmen Demi Sihat. Nantikan ia!

 

Glosari

Fitonutrien: Fitonutrien adalah zat kimia yang diproduksi oleh tumbuh-tumbuhan

Patogen: Agen yang menyebabkan penyakit terutamanya organisma seni seperti bakteria dan virus.  

 

Rujukan:

www.bharian.com.my

http://prpm.dbp.gov.my/

 

 

 


Older Post Newer Post


Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published

Sale

Unavailable

Sold Out

loader_img

    View Detail

    Item added to cart! View Cart.

    https://mylustre.com
    ${{amount}}