Sup Makaroni Hong Kong Style

 

 

Bahan-bahan:

  • 250 gm makaroni
  • 500 ml stok ayam
  • 500 ml air
  • 150g sayur campur
  • 200g sosej
  • Lada hitam secukup rasa
  • Air untuk merebus sayur campur
  • Minyak bijan secukup rasa

 

Cara-cara:

  1. Masak makaroni mengikut arahan di pakej. Kami merebus makaroni dalam air yang mendidih beserta garam dan sedikit minyak. Jangan tunggu sehingga terlalu kembang. Kemudian tapis air dan tepikan.
  2. Rebus sayur campur dalam air mendidih kira-kira 3 minit atau sehingga sayur sudah lembut. Kemudian tapis.
  3. Gunakan periuk yang besar. Kemudian masukkan stok ayam dan air. Biarkan mendidih.
  4. Masukkan makaroni, sosej dan sayur campur. Biarkan sehingga mendidih. Kemudian masukkan lada hitam secukup rasa. Tuang minyak bijan secukupnya dan hidangkan dalam mangkuk dengan segera.

 

Nota: Anda juga boleh menggunakan ayam yang dicarik.


Older Post Newer Post


Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published

Sale

Unavailable

Sold Out

loader_img

    View Detail

    Item added to cart! View Cart.

    https://mylustre.com
    ${{amount}}