Sup Lasagna Semudah ABC!

 

Tentu ramai yang dah biasa menjamah lasagna. Tapi pernahkah anda menikmatinya dalam bentuk sup? Diiringi rasa herba segar dan rempah,keju beserta sos tomato, hidangan ini pasti mengenyangkan dan menggembirakan anda!

 

Bahan-bahan:

  1. 2 sudu minyak zaitun
  2. 400g daging cincang
  3. 1 biji bawang kuning dicincang
  4. 2 sudu teh daun selasih/basil dicincang
  5. 2 sudu teh daun oregano kering
  6. ½ sudu teh biji jintan manis
  7. 1 sudu teh garam
  8. ½ sudu teh kepingan cili (chili flakes)
  9. 7 kepingan lasagna (dihancurkan kepada kepingan-kepingan besar)
  10. 300g sos pasta merah
  11. 4 cawan stok ayam
  12. 100g keju mozzarella

Cara-caranya:

  1. Panaskan minyak kemudian masukkan bawang beserta daging cincang ke dalam periuk dan masak sehingga daging agak garing.
  2. Tambahkan daun selasih (basil), oregano, jintan manis, garam, kepingan cili dan gaul sebati.
  3. Setelah naik bau, stok ayam, sos pasta dan kepingan lasagna.
  4. Reneh dengan api rendah selama 15 minit atau sehingga kepingan lasagna lembut.
  5. Akhir sekali masukkan keju mozzarella sebelum dihidangkan.

 

 

Nyummm.Inilah yang dimaksudkan dengan comfort food!

 

 

 

 


Older Post Newer Post


Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published

Sale

Unavailable

Sold Out

loader_img

    View Detail

    Item added to cart! View Cart.

    https://mylustre.com
    ${{amount}}