Sup Kentang Berkeju | JIM MASAK

Sup Kentang Berkeju | JIM MASAK

Bahan-bahan

  • 4 biji kentang dikupas dan dipotong dadu
  • ½ sudu teh garam
  • Beberapa kepingan beef bacon dihiris kecil
  • 4 sudu besar mentega
  • ½ bijang bawang Holland dipotong dadu 
  • 1 ulas bawang putih dicincang
  • ¼ cawan tepung serbaguna
  • 2 ½ cawan susu rendah lemak
  • 2 ½ cawan stok ayam
  • 1 cawan parutan keju cheddar
  • ¾ cawan krim masam (sour cream)
  • 1 sudu teh garam atau secukup rasa
  • ¼ sudu teh lada hitam atau secukup rasa
  • Hirisan daun bawang sebagai hiasan.

 

Cara-caranya:

1. Masukkan kentang yang telah dipotong dadu kedalam sebuah periuk berisi air secukupnya. Perasakan dengan ½ sudu teh garam dan masak 8 hingga 10 minit atau sehingga kentang cukup masak (boleh ditembusi pisau). Tapis.

2.Kemudian masak hirisan kepingan beef bacon sehingga garing dan pindahkan ke dalam pinggan. (simpan 1 sudu besar lebihan minyak)

3.Masukkan 4 sudu besar mentega dan hirisan bawang dan masak hingga lembut. Masukkan bawang putih dan masak hingga wangi.

4.Masukkan tepung dan kacau dengan cepat. Kemudian perlahan-lahan masukkan susu dan stok ayam. Terus kacau hingga mendidih sebentar.

5.Masukkan kentang dan perasakan dengan 1 sudu teh garam dan ¼ sudu teh lada hitam.

6.Masukkan ¾ cawan krim masam, 1 cawan parutan keju, separuh daripada beef bacon (selebihnya untuk hiasan). Didihkan. Kemudian masukkan dalam mangkus dan hias dengan topping kegemaran anda!

 


Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published