Stevia: Kenali Herba Pemanis dari Amerika Selatan

Berasal dari Paraguay, Stevia (Stevia rebaudiana Bertoni) adalah sejenis herba yang tumbuh secara liar di tanah berpasir. Sejak zaman dahulu lagi Stevia telah digunakan oleh orang-orang asal di Paraguay dan Brazil. Penggunaan daun Stevia boleh memberi kesan yang baik terhadap kesihatan. Ia mengandungi pemanis tanpa kalori dan tidak akan merosakkan gigi.

Stevia ditemui pada tahun 1887 oleh ahli botani, Antonio Bertoni dan ia menjadi terkenal di Amerika Selatan semenjak itu. Stevia telah diberi pelbagai nama termasuk herba manis Paraguay, daun manis,  daun madu dan candyleaf disebabkan oleh rasa manis yang dihasilkan. Ia ditanam secara komersial di Paraguay,  Brazil, Amerika dan beberapa negara Asia seperti Jepun, China, Korea dan juga Thailand.

 

Daun Stevia mempunyai kesan pemanis sebanyak 40-250 kali ganda daripada sukrosa. Potensinya sebagai pemanis semulajadi yang tidak mengandungi kalori telah menyebabkan minat terhadap herba ini telah meningkat secara mendadak terutamanya di kalangan individu yang mempunyai masalah diabetes dan obesiti.

 

Walaubagaimanapun tidak semua negara membenarkan penggunaan Stevia. United States Food and Drug Administration (USFDA) misalnya melarang penggunaan ekstrak Stevia dan daun Stevia kerana bimbang terhadap keselamatan penggunaannya.  Antara kebimbangan USFDA ialah kesan kepada sistem pembiakan, kawalan paras gula dalam darah,  sistem kardiovaskular dan buah pinggang. Keselamatan penggunaan Stevia perlu disahkan melalui kajian klinikal yang lebih mendalam. Terdapat banyak penemuan saintifik yang bercanggah antara satu sama lain menyebabkan isu keselamatan Stevia masih dalam perdebatan dan tidak menemui kesimpulan.

 

Rujukan:

 

http://www.myhealth.gov.my


Older Post Newer Post


Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published

Sale

Unavailable

Sold Out

loader_img

    View Detail

    Item added to cart! View Cart.

    https://mylustre.com
    ${{amount}}