Spageti dengan Bebola Daging

Bahan-bahan:

  1. 450g spageti
  2. 700g puri tomato
  3. 680g daging cincang
  4. ½ cawan serbuk roti, direndam dalam ¼ cawan susu
  5. ½ cawan parutan keju Parmesan
  6. ½ cawan bawang Holland (dicincang)
  7. ¼ cawan daun parsli (dicincang)
  8. 1 biji telur (dipukul lembut)
  9. 2 ulas bawang putih, dicincang
  10. 1 ½ sudu teh garam

 

Cara-caranya:

 

Langkah 1

Panaskan ketuhar pada suhu 190°C. Dalam sebuah periuk yang besar, didihkan air yang telah diletak garam kemudian masukkan spageti. Kacau sekali-sekala sehingga masak *al dente kira-kira 10 minit dan tapis. Kemudian panaskan sos tomato (puri) dalam sebuah kuali dengan api rendah.

 

Langkah 2

Sementara menunggu spageti masak, campurkan daging cincang, serbuk roti yang telah direndam, keju, bawang, parsli, telur, bawang putih dan garam dalam sebuah mangkuk yang besar. Buat bentuk bebola (sedikit besar daripada bola golf kerana ia akan mengecut ketika dimasak). Kemudian letakkan dalam dulang pembakar (tutup guna kertas timah yang telah diminyakkan) dan bakar sehingga perang keemasan iaitu kira-kira 10 minit.

 

Langkah 3

Gunakan penyepit dan pindahkan bebola daging dari ketuhar ke dalam sos tomato yang direneh. Keudian curahkan ke atas spageti. Anda juga boleh menabur parutan keju parmesan ke atas hidangan anda!

 

*al dente: makanan yang dimasak pada tahap yang tidak terlalu masak.

*Nota: Tekak Melayu mungkin tak berapa sukakan kuah spageti ini. Anda boleh mengubahnya mengikut selera anda. Kalau nak lagi cepat, beli saja kuah spageti kegemaran anda. Tapi bebola daging tu wajib cuba tau! 

 

 

 

 

 


Older Post Newer Post


Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published

Sale

Unavailable

Sold Out

loader_img

    View Detail

    Item added to cart! View Cart.

    https://mylustre.com
    ${{amount}}