Sering Migrain? Ketahui Punca dan Cara Mengatasinya! – MyLustre.com

Sering Migrain? Ketahui Punca dan Cara Mengatasinya!

Migrain berlaku apabila salur darah di kepala mengembang dan gentian saraf merembeskan bahan kimia yang tidak diperlukan badan.Ia berbeza dengan pening kepala biasa. Anda diserang migrain jika anda berasa terlalu sakit di bahagian kanan, kiri atau belakang kepala. Terdapat juga beberapa faktor yang boleh menyebabkan anda terkena migrain. Faktor-faktor tersebut adalah seperti berikut:

 

  • Terdedah dengan bunyi dan bauan yang terlalu kuat termasuk minyak wangi.
  • Mengalami tekanan emosi dan perasaan.
  • Ada alahan.
  • Tidur yang tidak mencukupi dan mengalami pertukaran waktu tidur
  • Merokok atau terdedah dengan asap rokok.
  • Tidak makan atau berpuasa tanpa bersahur.
  • Mengambil pil hormon dan minum minuman keras.

 

Makanan juga dipercayai boleh menjadi punca kepada migrain. Antara makanan-makanan tersebut ialah:

  • Makanan yang mengandungi tyramine seperti ikan salai, hati ayam, wain merah, keju yang lama dan sesetengah kekacang
  • Makanan yang mengandungi monosodium glutamate (MSG) atau nitrat seperti bacon dan hotdog
  • Sekiranya anda mengambil coklat, mentega kacang, buah avokado, pisang, bawang, hasil tenusu dan jeruk  secara berlebihan juga boleh membuatkan anda mendapat migrain.

Cara Mengatasi Migrain

Lebih baik gunakan cara semulajadi untuk mengatasi masalah migrain berbanding makan ubat seperti ubat tahun sakit dan paracetamol. Ini adalah kerana pengambilan ubat-ubatan tersebut secara kerap tidak bagus terhadap badan, sistem saraf dan buah pinggang. Lebih baik jika anda:

  • Minum air dengan banyak dan kerap
  • Jaga pemakanan anda
  • Dapatkan tidur yang cukup dan berkualiti
  • Ambil makanan tambahan seperti multivitamin untuk melengkapkan segala nutrien yang kurang dalam badan
  • Banyakkan bersenam
  • Sentiasa buat pemeriksaan mata dan gigi kerana saraf organ-organ ini berkait rapat dengan kepala
  • Buat rawatan akupunktur atau bekam untuk menyingkirkan toksin di dalam badan anda
  • Jangan merokok dan terlalu terdedah kepada asap rokok
  • Melakukan hubungan seks yang sihat kerana ia juga boleh mengatasi masalah migrain!

 

Pendek kata gaya hidup teratur sebenarnya boleh membuatkan anda jauh lebih sihat sehingga tua, InsyaAllah.

 

Sumber: eh.com.my


Older Post Newer Post


Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published

Sale

Unavailable

Sold Out

loader_img

    View Detail

    Item added to cart! View Cart.

    https://mylustre.com
    ${{amount}}