Sering Kerja Lebih Masa? Awas, Anda Berisiko Menghidap Angin Ahmar!

Anda sering kerja lebih masa? Anda mungkin salah seorang pekerja kegemaran bos anda. Namun tahukah anda ia sebenarnya tidak bagus untuk diri malah otak anda?

Sebuah kajian mendapati semakin lama dan semakin sering anda kerja lebih masa, risiko untuk anda menghadapi penyakit angin ahmar juga semakin tinggi.Kajian tersebut dilakukan terhadap 144,000 orang pekerja di Perancis dalam lingkungan umur 18 sehingga 69 tahun.

Hasil kajian mendapati mereka yang bekerja lebih 10 jam mempunyai risiko tersebut sehingga 29%. Manakala mereka yang bekerja lebih 10 jam dan telah melakukannya lebih 10 tahun pula berisiko sehingga 45%.

Kerja lebih masa didefinisikan sebagai kerja lebih 10 jam sehari selama lebih 50 hari dalam masa setahun. Jadi anda berisiko tinggi untuk mendapat angin ahmar jika anda telah bekerja lebih masa selama satu setengah bulan dalam tahun ini.

Kajian tersebut juga telah dijalankan terhadap pekerja yang telah bekerja secara tetap selama 6 bulan. Soal selidik yang dilakukan adalah untuk mengetahui faktor risiko seperti BMI badan, sejarah penyakit keluarga dan juga penyakit seperti darah tinggi dan juga kencing manis.

Para pengkaji juga mendapati sebanyak 30% daripada peserta kajian telah bekerja lebih 10 jam sehari manakala 10% daripadanya telah bekerja lebih masa selama lebih 10 tahun! Hanya 1% sahaja yang bebas daripada serangan angin ahmar.

Kesimpulannya, terdapat hubungan kuat antara kerja lebih masa dengan risiko mendapat angin ahmar. Ia juga lebih mudah berlaku pada mereka yang berumur 50 tahun ke bawah.

Sekarang bagaimana? Apa pilihan anda? Kesihatan atau pekerjaan/wang ringgit yang menjadi keutamaan?

Rujukan:

  1. Association Between Reported Long Working Hours and History of Stroke in the CONSTANCES Cohort. https://doi.org/10.1161/STROKEAHA.119.025454
  2.  Dr Latif Saad (Pegawai Perubatan dan Pengasas The Diagnosa dan Root of Science )

 

 

 


Older Post Newer Post


Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published

Sale

Unavailable

Sold Out

loader_img

    View Detail

    Item added to cart! View Cart.

    https://mylustre.com
    ${{amount}}