Sarapan Pagi Mudah: Mufin Telur dengan Kepingan Daging dan Lada Benggala

Sarapan Pagi Mudah: Mufin Telur dengan Kepingan Daging dan Lada Benggala

Bahan-bahan:

  • 1 sudu besar minyak sayur
  • 6 biji telur yang besar
  • Beberapa keping beef strip
  • Setengah biji lada benggala (dipotong dadu)
  • 1 sudu besar susu rendah lemak
  • 1 sudu besar serbuk paprika (atau ikut citarasa anda)
  • 50g parutan keju cheddar
  • Segenggam daun kucai dihiris (kami gunakan daun kucai kering)

 

Cara-caranya:

Langkah 1

Panaskan ketuhar kepada 200C. Gunakan separuh minyak dan sapu bekas logam muffin . Kemudian panaskan lebihan minyak dan goreng kepingan daging dan lada benggala kira-kira 5 minit. Ketepikan.

 

Langkah 2

Pecahkan kesemua telur dalam sebuah mangkuk dan kacau bersama susu, serbuk paprika dan separuh daripada parutan keju. Kemudian masukkan bahan-bahan yang telah dimasak tadi ke dalam bekas telur. Selepas itu tuangkan ke dalam logam muffin dan letakkan parutan keju bersama beberapa hirisan daun kucai. Bakar selama 15 hingga 17 minit atau sehingga berwarna perang keemasan dan telur masak sepenuhnya.

 

  


Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published