Salmon dengan Lemon dan Mustard Madu Bakar

Bahan-bahan

1 atau 2 keping ikan salmon (mengikut keperluan)

2 sudu besar parsley segar (dicincang)

2 sudu besar minyak zaitun

2 sudu besar jus lemon

3 ulas bawang putih (dicincang)

½ sudu besar mustard madu (sos biji sawi)

½ sudu teh garam

Lada hitam secukup rasa

2 keping potongan lemon

Arahan

  1. Panaskan ketuhar terlebih dahulu dengan suhu 230˚C
  2. Sementara menunggu ketuhar panas, letakan kertas timah (aluminium foil) di atas dulang pembakar. Kemudian sapukan minyak ke atas kertas timah (untuk elakkan kulit salmon melekat)
  3. Letakkan salmon anda di atas kertas timah
  4. Campurkan dan gaulkan parsley bersama bawang putih, minyak zaitun, jus lemon, mustard madu, garam dan lada hitam dalam sebuah mangkuk.
  5. Kemudian sapu campuran tadi ke atas ikan salmon anda diakhiri dengan potongan lemon
  6. Bakar selama 12 sehingga 15 minit pada suhu 230˚C. Ingat, jangan terlebih masak!
  7. Hidang bersama side dish kegemaran anda!

 

Nota* Walaupun kami telah menyapu minyak zaitun di atas kertas timah, kulit salmon tetap melekat. Mungkin perlukan sapukan minyak juga pada kulit salmon. Anda ada cadangan lain? Sila kongsikan di ruangan komen!

 


Older Post Newer Post


Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published

Sale

Unavailable

Sold Out

loader_img

    View Detail

    Item added to cart! View Cart.

    https://mylustre.com
    ${{amount}}