Salad Telur Rangup | JIM MASAK – MyLustre.com

Salad Telur Rangup | JIM MASAK

 

Bahan-bahan:

4 Biji Telur

Minyak Sayur (Untuk Menggoreng Telur)

Sebiji Bawang Holland Kecil (Dipotong Baji)

4 Tangkai Daun Sup (Daun dan Batang Dihiris Kasar)

2 Biji Tomato (Dipotong Baji)

3 Tangkai Daun Bawang (Dihiris Halus)

¼ Cawan Daun Ketumbar (Dihiris Kasar)

2 Sudu Besar Sos Ikan

3 Sudu Besar Jus Limau Nipis

2 Sudu Besar Gula

1 Biji Cili Merah

 

Cara-caranya:

 

Langkah 1

Masukkan minyak sayur secukupnya ke dalam kuali. Panaskan kuali dengan api sederhana. Setelah minyak panas, pecahkan sebiji telur terlebih dahulu ke dalam sebuah mangkuk kecil. Kemudian masukkan telur ke dalam kuali. Goreng telur selama 1 hingga 2 minit atau sehingga rangup dan masak sempurna. Letakkan telur yang telah digoreng ke atas tisu dapur dan ulang proses.

 

Langkah 2

Masukkan bawang, tomato, daun bawang dan daun ketumbar dalam mangkuk besar. Potong telur kepada enam bahagian yang besar dan masukkan ia ke dalam mangkuk tadi. Kemudian tambahkan sos ikan, jus limau nipis dan gula. Gaul sebati. Dah pun siap Salad Telur Rangup Ala Thai anda! Anda boleh makan begitu sahaja atau hidangkan bersama nasi.

 


Older Post Newer Post


Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published

Sale

Unavailable

Sold Out

loader_img

    View Detail

    Item added to cart! View Cart.

    https://mylustre.com
    ${{amount}}