Salad Telur dengan Sos Tersedap!

Salad Telur dengan Sos Tersedap!

Bahan-bahan untuk salad:

8 biji telur rebus

2 sudu besar daun sup atau saderi (dicincang)

3 sudu besar bawang besar (dicincang)

3 sudu besar daun kucai

 

Bahan-bahan untuk sos:

1/3 cawan mayonis

2 sudu kecil jus lemon

2 sudu kecil sos mustard madu

½ sudu kecil paprika

½ sudu kecil garam

¼ sudu kecil lada hitam

1 ulas bawang putih dicincang 

Arahan:

  1. Potong dadu telur yang telah direbus dan masukkan dalam mangkuk salad
  2. Masukkan daun saderi, bawang besar dan daun kucai
  3. Dalam mangkuk asing, masukkan bahan-bahan untuk sos salad. Kacau dengan perlahan kemudian masukkan dalam telur tadi dan salut telur hingga sebati.
  4. Anda boleh jadikan ia sebagai hidangan sampingan atau nikmatinya dengan roti kegemaran anda!

Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published