Rumpai Laut: Khazanah Laut Bernilai dan Berharga

Jika anda suka makan makanan Jepun, anda pasti suka akan rumpai laut. Rumpai laut adalah nama biasa untuk spesies tumbuhan laut dan alga yang tumbuh di lautan selain di tasik, sungai dan kawasan berair. Ia tinggi dengan kandungan vitamin, mineral dan serat.

Orang Jepun telah menggunakan campuran nasi pulut, ikan mentah, dan bahan-bahan lain kedalam gulungan rumpai laut yang dipanggil nori sejak kira-kira 1,500 tahun dahulu. Gulungan ini lebih dikenali sebagai sushi pada zaman sekarang.

Kebanyakan rumpai laut mengandungi ejen anti-mikrob* dan anti-radang. Orang-orang Rom telah menggunakannya untuk merawat ruam dan luka seperti luka terbakar dan sebagainya.

Terdapat juga kajian yang mendakwa sesetengah rumpai laut mempunyai agen melawan barah yang kuat dimana penyelidik-penyelidik berharap ia akan membuktikan keberkesanannya dalam rawatan leukemia dan tumor malignan di kalangan manusia. Selain itu rumpai laut juga banyak digunakan dalam indisutri pembuatan. Ia digunakan sebagai agen mengikat yang efektif (pengemulsi) dalam barangan komersial seperti jeli buah dan ubat gigi selain turut berfungsi sebagai pelembut yang popular (emolien) dalam produk produk penjagaan kulit dan kosmetik organik.

Untuk pengetahuan anda, rumpai laut mempunyai nutrisi  lebih banyak berbanding sayur-sayuran yang ditanam di tanah.  Ia juga telah lama digunakan dalam bidang perubatan dan juga kecantikan. Selama beribu-ribu tahun juga  tumbuhan yang kaya dengan mineral ini menjadi makanan utama dalam diet penduduk benua Asia seperti di Jepun.

 

Glosari

Mikrob:  benda hidup yg terkecil (kuman dll) yg dpt dilihat hanya dgn mikroskop.

Malignan: cenderung menjadi lebih teruk dan mengakibatkan maut 

 

Sumber:

 1)hellodoktor.com

 2)http://prpm.dbp.gov.my

 

 


Older Post Newer Post


Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published

Sale

Unavailable

Sold Out

loader_img

    View Detail

    Item added to cart! View Cart.

    https://mylustre.com
    ${{amount}}