Roti Bawang Putih Panggang

 

Bahan-bahan

1 baguette (roti perancis)

6 sudu besar mentega tanpa garam

4 ulas bawang putih, dicincang

1 sudu teh garam

¼ sudu teh lada hitam

¼ cawan daun parsli, dicincang

Cara-cara:

Langkah 1

Potong baguette mengikut bentuk yang anda suka. Masak mentega, bawang putih garam beserta lada hitam dalam sebuah kuali selama 5 minit dan kacau sekali-sekala. Kemudian masukkan daun parsli.

Langkah 2

Rendahkan api dan tutup untuk pastikan ia tetap panas. Gunakan kuali pemanggang  yang tidak diminyakkan dan letak roti di atasnya. Panggang tanpa ditutup sehingga terdapat kesan panggang dan nampak rangup sedikit (kira-kira 1 minit). Terbalikkan roti dan panggang lagi selama 1 minit. 

Langkah 3

Sapukan campuran mentega tadi ke atas roti dan panggang lagi sebentar. Hidangkan segera

 


Older Post Newer Post


Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published

Sale

Unavailable

Sold Out

loader_img

    View Detail

    Item added to cart! View Cart.

    https://mylustre.com
    ${{amount}}