Rose Hip dan Faedahnya Untuk Kulit

Rose hip (pinggul biji mawar) merupakan buah atau biji yang diambil dari bunga mawar dan ia telah digunakan dengan meluas dalam pembuatan teh, jem dan juga jeli di Eropah kerana kebaikannya untuk kesihatan. Ia sangat popular dan permintaan untuk bahan ini juga tinggi di sana. (2)

Di kebanyakan negara asia, minyaknya lebih banyak digunakan kerana khasiatnya yang baik untuk kecantikan kulit. Minyak pinggul biji mawar atau minyak rose hip bukanlah berasal dari kelopak bunga mawar. Ia berbeza dengan minyak pati bunga mawar kerana minyak rose hip dibuat daripada bijinya yang akan muncul setelah kelopak bunga mawar gugur manakala minyak pati bunga mawar diperbuat daripada kelopak mawar itu sendiri. (2)

Ia kaya dengan antioksidan,vitamin dan asid lemak yang baik untuk tubuh serta kulit. Antara manfaat bahan-bahan yang terkandung dalam minyak rose hip ini ialah: (1)

1. Baik untuk awet muda

2. Membantu proses regenerasi kulit

3. Membantu proses penyembuhan luka

4. Melembapkan kulit

5. Memberi perlindungan dari sinar UV dan pencemaran

Minyak ini juga sangat ringan dan mudah menyerap dan sesuai digunakan untuk semua jenis kulit  termasuk kulit berminyak. Minyak rose hip boleh digunakan terus pada kulit tanpa perlu dilarutkan terlebih dahulu dan ia sesuai digunakan setiap hari!  (1)

 

Rujukan:

(1)journal.sociolla.com

(2) www.actahort.org

 

 


Older Post Newer Post


Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published

Sale

Unavailable

Sold Out

loader_img

    View Detail

    Item added to cart! View Cart.

    https://mylustre.com
    ${{amount}}