Risiko Kekurangan Nutrisi Pada Bulan Ramadan

Ketika berbuka kita terdorong untuk memilih makanan mewah dan lazat tanpa mengetahui keperluan nutrisi badan kita. Lihat sahaja pelbagai jenis makanan di bazar Ramadan yang tentunya menjentik nafsu makan kita yang sedang membara tatkala berpuasa.

Pentingnya nutrisi terutama untuk organ-organ kita agar berfungsi normal sepanjang bulan puasa ini. Berdasarkan kajian SEANUTS Malaysia (2013), British Journal of Nutrition, satu daripada tiga keluarga Malaysia kekurangan nutrisi penting. Gejala ini merisaukan kerana ia mungkin menjadi faktor ibadah berpuasa kita terbantut akibat penyakit yang boleh disebabkan oleh kekurangan nutrisi.

 

Tanda-Tanda Anda Kekurangan Nutrisi

Keadaan ini yang turut dikenali sebagai 'Hidden Hunger' (kelaparan tersembunyi) iaitu istilah menggambarkan keadaan kekurangan nutrisi seperti vitamin dan mineral. Kepuasan makan anda mungkin tercapai namun adakah badan anda mendapat nutrisi sepenuhnya untuk berfungsi? Berikut adalah tanda-tanda anda kekurangan nutrisi.

  1. Kepenatan

Tidur cukup namun berasa lesu dan penat pada siang hari? Kemungkinan anda kekurangan Vitamin D dalam pemakanan sahur atau berbuka anda.

  • Makanan Yang Disyorkan : susu, yoghurt, ikan dan udang

 

  1. Bibir Kering dan Pecah

Gejala biasa berlaku ketika berpuasa. Selain faktor dehidrasi ia mungkin juga akibat daripada kekurangan nutrisi terutamanya Vitamin B12.

  • Makanan Yang Disyorkan : ikan tuna, salmon dan sardin. Daging merah, bijiran sihat dan susu.

 

  1. Pandangan Kabur dan Mata Kering

Kekurangan Vitamin A mungkin menyebabkan pandangan anda menjadi kabur dan mata anda kerap terasa kering dan gatal. Jika ianya terus berlaku sepanjang Ramadan ia mungkin menjadi kecacatan kekal seperti rabun malam.

  • Makanan Yang Disyorkan : susu, sayuran hijau, ikan, telur rebus dan buah mangga.

 

Keluarga Yang Sihat Bermula Dengan Anda

Terutamanya kepada para ibu yang bertungkus lumus menyediakan menu berbuka puasa buat seluruh keluarga. Ingatlah bahawa makanan yang anda sediakan menentukan kesihatan keluarga anda sepanjang puasa ini. Lakukan sedikit kajian dalam menyediakan menu berbuka yang lazat dan paling penting bernutrisi tinggi.

Elakkan pembaziran dan kurangkan makanan yang mengandungi gula yang tinggi. Ramadan ialah bulan untuk menyucikan baik dari segi rohani dan jasmani. Keberkatan Ramadan tentu lebih besar jika anda memastikan kedua-duanya diperolehi!

 

Rujukan:

  1. https://www.cambridge.org/core/journals/british-journal-of-nutrition/article/nutritional-status-and-dietary-intakes-of-children-aged-6-months-to-12-years-findings-of-the-nutrition-survey-of-malaysian-children-seanuts-malaysia/6B1D2922D062F8496BF21BC359913757
  2. https://www.bharian.com.my/wanita/keluarga/2018/07/453970/anda-kenyang-tapi-masih-kurang-nutrisi-ketahui-puncanya
  3. https://www.honestdocs.id/gejala-kekurangan-vitamin-saat-puasa
  4. http://www.myhealth.gov.my/puasa-dan-ubat/

Older Post Newer Post


Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published

Sale

Unavailable

Sold Out

loader_img

    View Detail

    Item added to cart! View Cart.

    https://mylustre.com
    ${{amount}}