Rempah Ratus dan Herba Yang Baik Untuk Kesihatan Dalaman – MyLustre.com

Rempah Ratus dan Herba Yang Baik Untuk Kesihatan Dalaman

Orang Asia dan rempah ratus sememangnya tidak boleh dipisahkan. Ia merupakan bahan wajib dalam hidangan seperti kari, rendang, acar sehinggalah kuih muih. Terima kasih kepada saudagar India yang membawa dan memperkenalkan rempah ratus ketika zaman kegemilangan Kesultanan Melaka suatu ketika dahulu. Kini kita boleh menikmati kelazatan rempah ratus dan kebaikannya! Apa kebaikannya? Jom ketahui jenis-jenis rempah dan herba yang baik untuk kita!

 

Halia – Kaya dengan potassium, magnesium dan vitamin B6, halia terkenal kerana kemampuannya dalam mengurangkan, pening, motion sickness sakit perut dan membantu arthritis. Ia juga dikatakan dapat menggalakkan perpeluhan dan membantu meningkatkan fungsi antibodi.

 

 

Bawang putih – Bahan masakan ini dikatakan mengelakkan jangkitan kulat, mencegah jangkitan bakteria kerana ia kaya dengan magnesium, vitaminB1, B6 dan C selain kalsium, fosforus dan protein. Ia juga bagus untuk mengurangkan kolesterol dalam daran dan menurunkan tekanan darah.

 

Pelaga – Mengandungi magnesium, zink, kalsium, serat, zat besi, vitamin C dan juga potassium. Ia bagus untuk detoks tubuh, pundi kencing dan sistem penghadaman dan juga memperbaiki buah pinggang. Nak hilangkan nafas berbau? Jangan lupa letakkan buah pelage dalam masakan anda!

 

Kayu manis – Rempah popular ini kaya dengan magnesium, zat besi, kalsium dan juga serat. Ia dipercayai dapat meningkatkan kadar metabolisme,  menurunkan kandungan gula dalam darah dan memperbaiki kesihatan kardiovaskular.

 

Ada banyak lagi rempah ratus dan herba yang kaya dengan pelbagai khasiat tapi tak cukup pula kami nak senaraikan di sini. Rajin-rajinlah ikut page Facebook kami untuk lebih banyak lagi info yang pasti berguna buat anda!

 

Sumber: eh.com.my


Older Post Newer Post


Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published

Sale

Unavailable

Sold Out

loader_img

    View Detail

    Item added to cart! View Cart.

    https://mylustre.com
    ${{amount}}