Rawatan RICE Untuk Kes Kaki Terseliuh

Sedang seronok anda bermain futsal tiba-tiba anda terseliuh kaki dan kesakitan yang anda alami begitu sakit sekali. Jika situasi ini berlaku tidak kira sukan atau keadaan yang bagaimana pun, anda perlu berhenti daripada melakukan sebarang aktiviti berat dan lakukan rawatan RICE dengan segera.

Apakah itu rawatan RICE?

Bukan lah rawatan dimana anda perlu makan nasi dengan banyak. Sebaliknya RICE bermaksud Rest, Ice, Compression dan Elavation.

Bergantung pada jenis dan tahap kecederaan yang anda alami. Jika ia kritikal anda haruslah merujuk kepada pakar atau kaedah terapi urutan mungkin membantu.

Tujuan rawatan adalah untuk mengurangkan kesakitan dan pembengkakan, menggalakkan penyembuhan ligamen dan mengembalikan fungsi pergelangan kaki anda.

Namun untuk rawatan awal bagi memulihkan seliuh kaedah RICE sangat membantu. Jom pelajari kaedah ini:

  • Rest:Elakkan penglibatan diri dalam aktiviti yang boleh menyebabkan kesakitan, pembengkakan dan ketidakselesaan
  • Ice: Gunakan pek ais dengan segera selama 15 ke 20 minit dan ulanginya dalam setiap 2 atau 3 jam. 
  • Compression: Untuk mengurangkan pembengkakan, gunakan pembalut elastik pada bahagian kaki yang bengkak dan gunakannya sehingga bengkak tersebut surut. Jangan balut dengan terlalu ketat
  • Elevation: Tinggikan atau naikkan kaki anda lebih tinggi daripada paras jantung anda untuk mengurangkan bengkak

 

 

Nak gunakan ubat-ubatan untuk kurangkan kesakitan?

Anda boleh mendapatkan pelega kesakitan di kaunter farmasi bagi mengurangkan kesakitan yang dialami akibat kaki yang terseliuh. Anda boleh mendapat ibuprofen atau naproxen sodium atau juga acetaminophen (Tylenol). Kesemuanya berkesan untuk mengurangkan kesakitan tersebut.

Jika anda hanya mengalami kaki terseliuh yang bersifat ringan dan tidak parah atau teruk, anda masih boleh merawatnya di rumah melalui kaedah RICE ini. Walau bagaimanapun, setiap kecederaan yang dialami perlu dilaporkan kepada pihak doktor terlebih dahulu bagi mengesan sekiranya terdapat kecederaan dalaman yang lebih parah.

Doktor akan melakukan pelbagai ujian seperti X-ray, MRI, CT scan atau ultrasound. Ini untuk memastikan agar tidak terdapat sebarang tulang yang patah dan mendapatkan maklumat yang lebih mendalam bagi kecederaan ligamen. Hanya selepas disahkan doktor bahawa kaki anda hanya mengalami seliuh yang biasa, barulah anda boleh merawat sendiri kaki anda di rumah melalui nasihat doktor.

 

Rujukan:

1. https://hellodoktor.com/ms

 


Older Post Newer Post


Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published

Sale

Unavailable

Sold Out

loader_img

    View Detail

    Item added to cart! View Cart.

    https://mylustre.com
    ${{amount}}