Rambut Gugur? Kembalikan Ketebalan Rambut dengan 8 Cara Ini!

Tahukah anda rambut mulai gugur seawal usia 35 tahun dan pada usia 50 tahun pula rambut akan menipis sehingga 85 peratus! Namun usah khuatir kerana ada cara untuk mengatasi masalah ini! Antaranya:

Makan Ikan

Ikan bukan sahaja sumber terbaik omega 3 asid lemak dan vitamin D, ia turut mengandungi protein dan mineral. Nutrien ini baik dalam pencegahan keguguran rambut terutamanya untuk pesakit-pesakit kemoterapi. Jadi mulai hari ini jangan lupa masukkan ikan dalam menu harian anda!

Zat Besi

Salah satu punca keguguran rambut ialah kekurangan zat besi. Oleh sebab itu anda perlu mengambil makanan yang kaya dengan zat besi seperti tauhu, quinoa dan juga biji benih labu.

Vitamin B

Antara yang penting untuk pertumbuhan rambut ialah Vitamin B, biotin, folate, B2 dan B12. Sila dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sebelum anda ingin mengambil makanan tambahan seperti yang disebutkan di atas. Paling penting gizi yang seimbang!

Uruskan Tekanan

Jika anda mengalami tekanan, carilah jalan untuk keluar daripada tekanan tersebut. Ini adalah kerana tekanan boleh menyebabkan rambut rapuh sehingga 40%!

Baca Preskripsi Label Ubatan

Ubat yang anda ambil juga boleh mendorong kepada punca keguguran rambut. Selain kemoterapi, pencair darah seperti warfarin, ubat tekanan dan juga ubat arthritis turut mendorong kepada gejala ini. Penting untuk anda membaca label ubatan terlebih dahulu sebelum mengambilnya.

Kebersihan Diri

Rambut yang tidak bersih boleh mendorong kepada jangkitan kulit kepala. Hasilnya kulit kepala akan berkulat dan dan kurap pada kepala menyebabkan rambut bercapuk. Elakkan dengan mencuci rambut sebersihnya. Namun jangan setiap hari kerana ia boleh merosakkan kelenjar sebum sekaligus membuatkan kulit jadi lembap dan berkeping.

Bersenam

Senaman bagus dalam memperbaiki kulit dan juga melegakan tekanan. Permukaan kulit yang kotor juga dapat dicuci melalui proses perpeluhan.

Jumpa Doktor

Jika anda ada sebarang kemusykilan tentang perubahan rambut atau kulit kepala anda, rujuklah dengan pakar dermatologi . Nasihat dan panduan yang diberi nanti pasti berguna untuk anda!

 

Penuaan adalah suatu proses semulajadi yang perlu dihadapi semua orang. Namun usah gentar untuk menghadapinya dan usah alpa dengan kesihatan rambut!

 

Sumber: eh.com.my


Older Post Newer Post


Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published

Sale

Unavailable

Sold Out

loader_img

    View Detail

    Item added to cart! View Cart.

    https://mylustre.com
    ${{amount}}