Pueraria Mirifica + Dong Quai: Herba Terbaik Buat Wanita

Kitaran kehidupan wanita akan sentiasa mengalami perubahan yang terjadi disebabkan hormon dalam badan wanita. Daripada awal menstruasi kepada tempoh mengandungkan anak membawa kepada peralihan semulajadi menopaus, badan wanita dicipta untuk berubah.

Wanita kini semakin bijak dalam pemilihan gaya hidup sihat, ia termasuklah dengan mengambil pemakanan berkhasiat, bersenam dan mengawal tekanan hidup harian.

Banyak cara dimana kaum wanita mampu menyokong kesihatan hormon dan reproduktif mereka dan satu cara paling berkesan ialah mengambil khasiat ‘herba wanita’ – Pueraria Mirifica dan Dong Quai.

 

Herba Turun-Temurun Thailand, Pueraria Mirifica

Sejak 100 tahun yang lalu Pueraria Mirifica digunakan dalam perubatan tradisional Thai dalam kesihatan penampilan wanita. Herba ini kaya dengan phytoestrogen sesuai buat wanita dipertengahan umur untuk meningkatkan kesihatan wanita.

 

 

Pueraria Mirifica juga mengandungi phytochemical unik digelar Miroestrol dan Deoxymiroestrol yang berkesan dalam keseimbangan hormon dan turut menggalakkan pertumbuhan payudara yang lebih anjal (1).

Ujian melibatkan 48 wanita menopause mendapati mereka yang mengambil suplemen Pueraria Mirifica sekali seminggu dalam tempoh 6 bulan mengalami pengurangan gejala vasomotor seperti panas badan seakan demam secara tiba-tiba dan peluh malam (2).

Ia juga berkesan terhadap mengurangkan gejala menopause lain seperti kekeringan faraj, kerengsaan dan haid tidak teratur (3).

 

 

Mengambil khasiat Pueraria Mirifica melalui suplemen Lustre Women’s Plus oleh MyLustre adalah cara paling mudah.  Turut mengandungi khasiat biji anggur ia juga mampu meningkatkan tenaga, intimasi seksual dan kulit lebih muda.

 

‘Ginseng Wanita’, Dong Quai

Dong Quai digelar ‘ginseng wanita’ kerana nutrisi berkhasiat untuk meningkatkan ciri kewanitaan dan  mengawal perubahan horman wanita. Herba berasal daripada China, Jepun dan Korea ini, mampu mengawal tahap estrogen disamping mengawal selia kitaran haid.

 

 

Apa yang menarik juga ialah Dong Quai dalam bahasa cina turut bermaksud ‘suami kembali kepada isteri’ bermaksud ia turut dipercayai berupaya menaikkan kesihatan seksual wanita (4).

Dong Quai tidak sekadar untuk wanita ia untuk kedua-dua jantina kerana 70 jenis nutrisi aktif terkandung didalamnya turut mampu menipiskan darah, meningkatkan tenaga, melawan anemia, menurunkan tekanan darah dan memperbaiki kesihatan mental, kulit, dan tulang (5).

 

 

Dong Quai biasanya dikeringkan dan dijadikan serbuk untuk diletakkan dalam makanan atau sup tetapi ada cara lebih mudah iaitu mengamalkan suplemen berasaskan Dong Quai seperti Jus BerQah. Minuman ini mengandungi 10 bahan pelbagai khasiat dan salah satunya adalah Dong Quai bagus untuk kesihatan keseluruhan bagi wanita dan lelaki.

 

Rujukan:

  1. https://www.abelherb.com
  2. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/14971532
  3. http://www.smj.si.mahidol.ac.th/sirirajmedj/index.php/smj/article/view/2288
  4. https://draxe.com/dong-quai/
  5. https://link.springer.com/chapter/10.1007/978-1-59259-237-1_5

Older Post Newer Post


Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published

Sale

Unavailable

Sold Out

loader_img

    View Detail

    Item added to cart! View Cart.

    https://mylustre.com
    ${{amount}}