Puasa Semasa Hamil: Perhatikan 7 Tanda Bahaya Ini!

Bolehkah wanita hamil berpuasa? Persoalan tersebut bukanlah dilema baru. Ia akan timbul setiap kali menjelang Ramadhan. Namun jawapan kepada persoalan ini tidak tentu kerana keadaan mengandung bagi setiap wanita adalah berbeza.

 

Namun jika anda dan bayi dalam kandungan sihat, berpuasa adalah selamat dilakukan. Tetapi jika terdapat beberapa tanda bahaya seperti di bawah ini, anda perlu berbuka puasa. Tanda-tanda berikut adalah seperti:

  1. Mabuk pagi teruk 

Rasa loya dan muntah-muntah merupakan suatu keadaan normal bagi wanita pada awal kehamilan. Namun ada kalanya mabuk pagi boleh membuatkan anda kekurangan tenaga. Jika ia berlaku, anda dinasihatkan untuk berbuka puasa. Jika anda terus berpuasa, ia mungkin boleh mengakibatkan kemudaratan kepada janin anda.

  1. Hilang berat badan

Ramai menyukai bulan puasa kerana antara sebabnya boleh menurunkan berat badan. Namun jika anda sedang hamil dan berat badan semakin berkurangan, ia boleh mendatangkan bahaya terhadap anda dan juga bayi. Segeralah dapatkan nasihat doktor jika hal ini berlaku.

  1. Kurang kencing dan kerap rasa dahaga

Sememangnya normal untuk berasa dahaga ketika berpuasa. Namun bagi wanita hamil, berasa sangat dahaga atau kencing berwarna gelap dan berbau kuat bermaksud penyahidratan. Ini boleh mendedahkan anda terhadap risiko jangkitan saluran kencing atau sebarang masalah kesihatan yang lain. Cara terbaik adalah elakkan berpuasa untuk sementara waktu dan banyakkan minum air.

  1. Pening 

Jika anda mengalami sakit kepala atau pening mungkin ia petanda anda letih dan tertekan. Petanda tersebut tidak boleh diabaikan jika anda sedang hamil dan berpuasa. Ini adalah kerana ia juga mungkin disebabkan kekurangan zat makanan dan hipoglikemia. Sudah pasti ia bahaya untuk anda yang sedang berbadan dua.

  1. Bayi kurang bergerak 

Wanita yang hamil 28 minggu ke atas dan sedang berpuasa perlu memantau pergerakan bayi. Jika bayi kurang bergerak, segera berbuka puasa dan dapatkan pemeriksaan doktor.

  1. Hampir dengan due date

Jika anda berpuasa anda mungkin mengalami kekurangan tenaga. Ia sudah tentu tidak bagus jika anda menghampiri waktu bersalin. Waktu ini anda perlu bersedia secara fizikal dan mental untuk melahirkan anak. Jadi tidak perlulah anda berpuasa.

  1. Kontraksi 

Bagi wanita hamil, rasa lapar dan dahaga boleh mencetuskan dehidrasi. Kekurangan cecair dalam badan juga boleh membuatkan anda mengalami kontraksi palsu dan ia mungkin tanda kelahiran pramatang jika anda berasa sakit seperti ingin bersalin.Segeralah dapatkan pemeriksaan doktor jika anda mengalaminya!

 

Sumber

 

https://www.babycentre.co.uk/a1028954/fasting-in-pregnancy

https://parenting.firstcry.com/articles/a-guide-to-fasting-during-pregnancy/

https://www.bharian.com.my/wanita/sihat/2019/05/562564/ibu-hamil-boleh-berpuasa 

https://www.hmetro.com.my/hati/2018/05/340878/tip-puasa-ibu-hamil

 

 


Older Post Newer Post


Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published

Sale

Unavailable

Sold Out

loader_img

    View Detail

    Item added to cart! View Cart.

    https://mylustre.com
    ${{amount}}