Produk tradisional: Adakah ia benar-benar selamat?

Herba merupakan sumber terawal ubat-ubatan dan digunakan secara meluas di seluruh dunia.

Ia boleh ditemui dalam pelbagai bentuk dosej seperti kapsul, tablet, krim, sirap, dan juga plaster. Persoalannya adakah herba benar-benar selamat digunakan? (2)

Tanggapan majoriti tentang ubat tradisional yang berasal daripada sumber semulajadi seperti herba adalah selamat dan tidak merbahaya. Hakikatnya ia juga berpotensi untuk dicemari dengan logam berat samada melalui udara, air mahupun tanah. Terdapat kes di mana ubat herba dari Asia diracuni merkuri, arsenik, plumbum dan kadmium yang merbahaya untuk kesihatan. Jika proses selepas pengumpulan tumbuhan herba seperti pengeringan tidak dilakukan dengan sempurna, ia juga boleh dicemari dengan kulat dan juga bakteria. (3)

Ubat tradisional di Malaysia didaftarkan oleh Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) untuk memastikan ianya berkualiti dan selamat digunakan. Manakala Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK)pula bertanggungjawab untuk memastikan dan menguji paras logam berat dalam ubat tradisional tidak melebihi had yang ditetapkan. (1)

Sebagai pengguna bijak, anda hendaklah memastikan ubat tradisional yang dibeli berdaftar dan mempunyai hologram dan nombor MAL. Risiko kesihatan dan lebih parah lagi boleh mengundang maut jika anda membeli ubat tradisional yang tidak berdaftar. Pilihan di tangan anda! (1)

 

Rujukan:

(1) http://www.myhealth.gov.my

(2) WHO, 2002. Drug Information. Herbal medicines. Vol.16. World Health Organization, Geneva

(3) Ernst,E. 2002b. Toxic heavy metals and undeclared drugs in Asian herbal medicines. Trends in Pharmacological Sciences 23, 136-139

 

 

 

 


Older Post Newer Post


Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published

Sale

Unavailable

Sold Out

loader_img

    View Detail

    Item added to cart! View Cart.

    https://mylustre.com
    ${{amount}}