Petua Rawat Batu Karang Dalam Hempedu Oleh Dr. Hamid Arshat

Penyakit batu karang (kidney stone) merupakan salah satu masalah kesihatan yang sering berlaku dalam kalangan lelaki. Secara umumnya batu kering merujuk kepada batu yang terbentuk di dalam saluran kencing, iaitu dari buah pinggang hingga ke pundi kencing.

Selain mengakibatkan sakit yang melampau, batu karang juga boleh menyebabkan kerosakan atau kegagalan buah pinggang. Lebih teruk jika batu karang menjadi nanah di dalam buah pinggang sekaligus mengakibatkan pembentukan bisul dan jika kuman terus merebak, ia mampu menyebabkan kematian.

 

Petua Rawat Batu Karang Dr. Hamid Arshat.

Namun tidak perlu bimbang, menurut perkongsian Dr Hamid Arshat, penyakit batu karang ini boleh dirawat tanpa perlu dibedah mengikut petua ini.

Sediakan dahulu empat bahan ini:

  • Jus Epal
  • Garam Epsom (magnesium sulfat)
  • Minyak Zaitun
  • Jus Lemon

Seterusnya anda cuba acara-cara ini:

  1. Minum 4 gelas jus epal setiap hari selama 5 hari berturut-turut.
  2. Pada hari yang keenam jangan makan malam.
  3. Sebaliknya pada hari keenam pada pukul 6 petang, makan satu sudu camca garam Epsom (magnesium sulfat) yang boleh dibeli di mana-mana farmasi.
  4. Seterusnya pukul 8 malam, ulang kembali makan garam Epsom dengan sukatan sama.
  5. Pada pukul 10 malam pula, campurkan 1 cawan (250ml) minyak zaitun (boleh gunakan minyak bijan sebagai pengganti) bersama jus lemon (3 biji), kemudian minum.
  6. Insyaallah, keesokan paginya, sewaktu buang air besar akan kelihatan batu-batu karang terkeluar.

Tujuan Penggunaan:

  • Lemon adalah untuk menumpulkan permukaan batu-batu hempedu. Supaya tidak mencederakan organ dalaman semasa proses bergerak keluar dari hempedu.
  • Epal hijau bertujuan melembutkan batu-batu hempedu agar ia senang dan mengelongsor keluar dari hempedu.
  • Minyak zaitun pula bertujuan selepas anda berpuasa. Ia masuk ke dalam badan dan akan dikesan sebagai kandungan lemak yang tinggi. Isyarat dihantar kepada hempedu supaya bekerja keras. Secara tidak langsung batu hempedu akan dipam keluar semasa hempedu bekerja pada tahap luar biasa ini.
  • Garam Epsom pula membantu membuka saluran hempedu.

 

Ini adalah perkongsian Facebook daripada Dr Hamid Arshat di laman Facebook beliau. Boleh lah cuba dan semoga bermanfaat!

 

Rujukan:

  1. https://aafiyatlifestyle.com/penyakit-batu-karang-punca-tanda-tanda-rawatan-dan-pencegahan/
  2. https://www.facebook.com/hamidarshat45/posts/488579064529464:0

Older Post Newer Post


Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published

Sale

Unavailable

Sold Out

loader_img

    View Detail

    Item added to cart! View Cart.

    https://mylustre.com
    ${{amount}}