Perubatan Herba: Tradisional vs Moden

Organisasi Kesihatan Dunia (WHO) menganggarkan kira-kira 3.5 bilion orang seluruh dunia (65% jumlah populasi) masih menggunakan tumbuhan dan herba dalam keperluan penjagaan kesihatan asas mereka.

Manakan tidak, perubatan herba telah digunakan sejak dahulu seperti perubatan tradisional Cina, India dan Eropah malah perubatan tradisional Melayu juga banyak melibatkan herba. Dengan perubatan moden yang kini agak mahal selain sukar mendapat akses kerana faktor geografi, perubatan tradisional berasaskan bahan semulajadi masih mendapat tempatnya.

 

Revolusi Perubatan Herba Dahulu Dan Sekarang

Ahli perubatan dahulu menggunakan pendekatan cuba dan ralat atau ‘try and error’. Perubatan tradisional juga sering dipandu oleh keyakinan rohani dalam mengenal pasti rawatan yang berkesan.

Perubahan dalam kecanggihan alat moden, kini ketepatan saintifik tentang kelebihan sesuatu herba lebih objektif. Penyelidikan lanjut saintis akan terus memainkan peranan penting dalam pembangunan ubat-ubatan berasaskan herba untuk manfaat generasi akan datang.

 

Khasiat Herba Melalui Suplemen

Herba adalah sumber penting dalam penjagaan kesihatan dan merupakan satu titik tumpuan dalam revolusi antara perubatan tradisional dan perubatan moden.

Khasiat herba zaman kini lebih terarah kepada pencegahan penyakit badan secara menyeluruh. Dan pengamalan supleman merupakan cara terbaik serta mudah dalam membekalkan badan kita apa-apa nutrisi yang diperlukan mengikut keperluan badan masing-masing.

Antara herba digunakan dalam suplemen termasuklah Pueraria mirifica dan Dong quai kedua-dua berkhasiat untuk menyokong kesihatan wanita. Caelsapinia sappan dan kayu manis untuk kesihatan dan pencegahan jangkitan kulit. Biji halba untuk meningkatkan tenaga lelaki serta berbagai jenis herba lain yang mempunyai khasiat dan boleh disesuaikan mengikut keperluan tubuh badan kita.

Selaras dengan perkembangan perubatan moden, MyLustre mencipta beberapa jenis suplemen yang mampu menyokong kesihatan secara menyeluruh. Amalkan pengambilan suplemen demi pencegahan kerana beringatlah bahawa kesihatan tubuh badan hanya akan dihargai ketika sakit mendatang.

 

Rujukan:

  1. http://www.who.int/topics/traditional_medicine/en/
  2. Wachtel-Galor, Benzie FF. Chapter 1: Herbal Medicine: An Introduction to Its History, Usage, Regulation, Current Trends, and Research Needs. In: Benzie IFF, Wachtel-Galor S, eds. Herbal Medicine Biomolecular and Clinical Aspects. 2nd ed. Boca Raton, FL: CRC Press; 2011:1-10.
  3. https://www.omicsonline.org/open-access/herbal-medicine-yesterday-today-and-tomorrow-2327-5162-1000195.php?aid=58504

Older Post Newer Post


Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published

Sale

Unavailable

Sold Out

loader_img

    View Detail

    Item added to cart! View Cart.

    https://mylustre.com
    ${{amount}}