Perlu MC ke kalau Migrain? – MyLustre.com

Perlu MC ke kalau Migrain?

Adakah anda seorang penghidap migrain? Jika ya, mungkin anda kerap mengambil cuti sakit kerana sakit migrain anda. Sebagai penghidap migrain, pernah tak anda mendengar kata-kata sinis oleh mereka yang tidak menghidap migrain terhadap anda? Misalnya anda hanya menggunakan alasan migrain untuk bercuti. Tentu pernah. Namun persoalannya, adakah sakit migrain ini begitu teruk sehingga terpaksa ambil cuti sakit?

Sebenarnya tahap sakit migrain ini berbeza mengikut individu. Kebiasannya penghidap migrain turut akan mengalami simptom-simptom lain yang menghindarkan mereka untuk bekerja. Antara simptom tersebut ialah:

  1. Muntah
  2. Sensitif kepada cahaya dan suara
  3. Kurang selera makan
  4. Kelesuan
  5. Pucat

Ini bermaksud jika anda bekerja ketika migrain, berkemungkinan sakit anda akan bertambah teruk dan sudah tentu produktiviti kerja anda akan menurun. Cuti sakit diberikan bertujuan agar anda dapat berehat dengan tenang di rumah atau di kawasan bebas stres. Migrain boleh bertambah serius jika anda mempunyai simptom lain seperti ruam, batuk, ketegangan leher dan kekeliruan. Jika wujud simptom-simptom berikut silalah berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan selanjutnya.

Kesimpulannya, migrain boleh mempengaruhi prestasi kerja dan kesihatan seseorang. Lebih baik anda ambil cuti sakit jika anda menghidap migrain dan jangan ambil peduli apa kata orang. Berehat sahaja di rumah dan kembali bekerja setelah anda sihat, ok?!

 

Sumber:

Hello Health Group 

 


Older Post Newer Post


Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published

Sale

Unavailable

Sold Out

loader_img

    View Detail

    Item added to cart! View Cart.

    https://mylustre.com
    ${{amount}}