Penurunan Berat Badan: Mitos vs Fakta

Adakah anda di kalangan golongan yang mahu menurunkan berat badan? Sebelum merangka pelan untuk mencapai matlamat tersebut, anda perlu tahu sedikit sebanyak tentang fakta dan juga mitos dalam penurunan berat badan. Antaranya:

1)Makan

Mitos : Melangkau waktu makan dan berlapar dapat mengurangkan pengambilan kalori dan dapat membantu dalam penurunan berat badan..”

Sebenarnya melangkau waktu makan akan menyebabkan anda makan dengan lebih banyak pada waktu makan seterusnya. Kerana terlalu lapar, akhirnya anda akan makan dengan lebih banyak berbanding kebiasaan.

Fakta : Mengurangkan saiz sajian adalah lebih baik dalam mengurangkan pengambilan kalori harian

Pengurangan pengambilan kalori dengan mengawal saiz sajian adalah lebih baik daripada melangkau waktu makan.

 

2) Senaman

Mitos : Satu-satunya cara untuk menurunkan berat badan adalah dengan mengamalkan senaman yang keterlaluan.

Aktiviti senaman yang keterlaluan jarang dapat dikekalkan dalam tempoh masa yang lama. Akhirnya, akan menyebabkan anda berhenti daripada melakukannya.

Fakta : Jadi aktif sepanjang masa. Amalkan 30 minit aktiviti fizikal berintensiti sederhana dan lakukan aktiviti latihan bebanan serta latihan fleksibiliti sekiranya mampu

Bagi anda yang merancang untuk menjadi aktif, mulakan dengan menambah aktiviti fizikal dalam kehidupan seharian. Lakukan perubahan seperti :

  • Pilih untuk menaiki tangga dan bukan menggunakan escalator atau lif
  • Jalan kaki jika ingin ke surau, kedai atau ke tempat-tempat berdekatan
  • Lakukan kerja rumah sendiri seperti menyapu sampah, membasuh baju dengan tangan tanpa menggunakan mesin dan berkebun.

Bagi aktiviti fizikal berintensiti sederhana pula, lakukan aktiviti seperti berjalan laju, bermain badminton atau sebarang aktiviti sukan yang anda gemari. Tambah masa kepada 60 minit apabila anda rasakan tahap kecergasan telah meningkat. Cuba lakukan aktiviti ini setiap hari!

Latihan fleksibiliti dan bebanan seperti senaman regangan, yoga atau tai chi juga boleh ditambah sekiranya anda mampu untuk lakukannya.

Ada banyak sebenarnya fakta dan mitos tentang penurunan berat badan ni. Setia ikuti kami untuk fakta dan mitos seterusnya hanya di MyLustre! 

 

Sumber:

http://www.myhealth.gov.my


Older Post Newer Post


Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published

Sale

Unavailable

Sold Out

loader_img

    View Detail

    Item added to cart! View Cart.

    https://mylustre.com
    ${{amount}}