Pentingnya Mikrobiotik Seperti Otak Anda – MyLustre.com

Pentingnya Mikrobiotik Seperti Otak Anda

Tahukah anda mikrobiotik adalah apa yang menjadikan diri anda seperti anda yang sekarang? Malah mikrob mengatasi jumlah sel manusia dengan ratio 10:1 dengan kira-kira 100 trilion mikrob berada di dalam badan kita. Dan jumlah itu sememangnya mengejutkan! Boleh dikatakan kita adalah berasaskan bakteria lebih berbanding manusia.

Para saintis kini sedang melakukan kajian yang mendalam tentang kepentingan mikrob buat kesihatan manusia. Mikrobiotik ialah bahan genetik - bakteria, fungi, protozoa dan virus yang hidup di dalam badan kita.

Mikrob banyak terletak di dalam usus dan kulit anda. Malah Rob Knight, professor dan biologis dalam ucapan Ted Talk beliau mengatakan usus adalah sama pentingnya dengan otak. Namun tidak ramai manusia sedar akan kepentingan menjaga kesihatan usus kita ini.

 

Jadi Bagaimana Mikrobiotik Berkesan Untuk Kesihatan Manusia?

Mikrobiotik adalah vital untuk perkembangan, imuniti dan nutrisi manusia. Bakteria dalam usus adalah bakteria yang bermanfaat buat kita terutama bagi penghadaman makanan, melindungi badan daripada virus penyebab jangkitan, menghasilkan vitamin termasuklah vitamin B dan B12, thiamine serta Vitamin K yang penting bagi pembekuan darah. Mikrobiotik membantu manusia dalam beberapa cara lain antaranya:

 

Penghadaman Serat: Beberapa jenis bakteria berfungsi bagi menghadam serat dan menghasilkan apa yang dipanggil rantaian-pendek asid lemak yang bagus untuk usus. Serat yang dihadam dengan baik mampu mengelakkan berat berlebihan, diabetis, sakit jantung malah risiko kanser.

Mengawal Sistem Imun: Mikrobiotik dalam usus anda juga mengawal sistem imun anda berfungsi. Dengan interaksi antara sel imuniti dan mikrob ini, ia mampu mengawal badan anda dari segi tindak balas kepada sebarang jangkitan yang hadir.

Baik Untuk Jantung: Kajian melibatkan 1500 peserta mendapati mikrobiotik memainkan peranan penting untuk menyokong kolestrol baik dan triglycerides. Mengamalkan probiotik mampu menurunkan lagi kolestrol anda dan mengurangkan risiko sakit jantung.

Bagus Untuk Kesihatan Otak: Beberapa jenis bakteria menghasilkan bahan kimia dalam otak dipanggil neurotransmitter. Contohnya, serotonin ialah neurotransmitter anti-kemurungan yang diperbuat di dalam usus anda. Malah usus anda sebenarnya bersambung dengan otak melalui berjuta-juta saraf, maka usus yang sihat akan menghantar mesej kepada otak anda dengan lebih baik, tepat dan cepat.

 

Jadi Bagaimana Anda Boleh Menambah Baik Mikrobiotik Anda?

Terdapat beberapa cara anda boleh meningkatkan fungsi mikrobiotik anda, termasuklah:

 

  • Mengamalkan suplemen probiotik: Probiotik ialah bakteria hidup yang mampu mengembalikan kesihatan usus anda. Ini dilakukan dengan cara ‘mengisi semula’ usus anda dengan mikrob yang sihat.

  • Makan Makanan Prebio: Prebiotik adalah sejenis serat yang meransang perkembangan bakteria sihat anda. Ia ibarat anda memberi makan kepada bakteria baik anda agar bekerja dengan lebih bagus. Antara makanan dicadangkan adalah pisang, oat, epal dan suplemen prebio.

  • Hanya Ambil Antiotik Bila Perlu: Antibiotik membunuh bakteria jahat dan pada waktu yang sama bakteria baik kita juga. Maka elakkan mengambil antibiotik jika tidak perlu.
  • Kurangkan Pengambilan Pemanis Tiruan: Beberapa kajian mendapati pemanis tiruan meningkatkan gula dalam darah dengan cara merangsang bakteria tidak sihat seperti Enterobacteriaceae di dalam usus anda.

  • Makan Makan Yang Ditapai: Makanan ditapai seperti yogurt, tapai, tofu, tempe dan sebagainya mengandungi bakteria baik dan mampu mengurangkan risiko penyakit usus dan juga meningkatkan perkembangan bakteria baik.

 

Rujukan:

  1. https://depts.washington.edu/ceeh/downloads/FF_Microbiome.pdf
  2. https://www.healthline.com/nutrition/gut-microbiome-and-health#section3

Older Post Newer Post


Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published

Sale

Unavailable

Sold Out

loader_img

    View Detail

    Item added to cart! View Cart.

    https://mylustre.com
    ${{amount}}