Pengalaman #RMO di Malaysia. Tips hadapi Cabin Fever buat Rakyat Singapura

Di Malaysia kita telah melalui Perintah Kawalan Pergerakan (RMO) selama 29 hari manakala di Singapura ‘Circuit Breaker’ telah pun masuk hari yang ke 9 pada hari artikel ini disiarkan. Ini adalah sekadar perkongsian pengalaman sepanjang tempoh RMO ini.

Sememangnya ia satu tempoh yang amat sukar. Bayangkan sahaja, anda terperuk di dalam rumah dengan pergerakan yang terbatas hampir sebulan (kemungkinan dilanjutkan lagi). Apa yang ingin dikongsikan ialah gangguan psikologi yang penulis sendiri hadapi dan berkemungkinan dirasai oleh ramai lagi yang terkesan.

Gangguan psikologi tersebut digelar Cabin Fever, sebuah keadaan psikologi individu menjadi gelisah, anxiety, mudah marah, kebosanan, moody dan demotivate diatas sebab pergerakan rutin yang terbatas daripada sediakala.

Ia bukanlah kondisi baru, cuma kita baru merasainya sahaja malah mungkin anda sendiri tidak sedar kondisi ini terjadi pada anda. Perkara ini kerap berlaku di luar negara ketika musim sejuk juga dikenali sebagai Seasonal Affective Disorder (SAD) dimana banyak aktiviti atau rutin terbatas. Malah ia juga dirasai individu terkurung seperti banduan di penjara.

Bergantung kepada emosi dan mental anda sepanjang tempoh ini, mungkin ada yang ceria sahaja atau mungkin ada yang sudah mula merungut.

Maka saya akan kongsikan kepada anda tips dan cara yang saya lakukan untuk mengatasi simptom Cabin Fever ini:

  1. Redha

 Ada hikmah disebalik ujian. Ini adalah cara paling penting dan utama kerana segalanya akan menjadi mudah sekiranya kita dalam keadaan Redha.

 

  1. Mencuba Hobi Baru

 Ada pelbagai hobi yang boleh kita lakukan di rumah. Mungkin tempoh ini adalah waktu terbaik untuk mencuba sesuatu yang baru.

 

  1. Bermeditasi

Bukan maksudnya anda perlu bertapa di dalam bilik lama-lama. Lakukan teknik meditasi mudah dengan pengawalan pernafasan perlahan-lahan. Cadangan penulis, lakukan teknik ini semasa wirid selepas solat bagi muslim. Cuba cari waktu dan cara yang bersesuaian untuk anda okay.

 

  1. Pemakanan yang sihat

 Makan junk food, berlemak atau selang 2 minit pasti ke dapur. Haa ini satu tabiat yang boleh mengakibatkan berlakunya Cabin Fever. Makanan yang berkhasiat dan seimbang membantu kesihatan mental dan fizikal anda.

 

  1. Bersosial

 Sekarang zaman serba teknologi, zaman sosial dihujung jari sahaja. Buat lag group video call bersama keluarga dan rakan-rakan anda atau bermain game bersama-sama. Cari kenalan untuk bersembang dan kekalkan kewarasan anda.

 

  1. Membaca

Ini adalah sesuatu yang sangat bagus dilakukan sepanjang tempoh RMO atau CB ini. Cuba isikan minda anda dengan ilmu dan perkara yang positif. Abaikan berita viral, negatif dan toksik itu semua. Penuhkan minda anda dengan maklumat berkhasiat.

 

Itu lah antara perkongsian dan tips yang saya sendiri lakukan ketika RMO ini. Semoga bermanfaat dan pastikan anda kekal aktif pada waktu tempoh yang sukar ini. Stay safe, stay at home. InsyaAllah segala-galanya akan berakhir dengan baik.


Older Post Newer Post


Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published

Sale

Unavailable

Sold Out

loader_img

    View Detail

    Item added to cart! View Cart.

    https://mylustre.com
    ${{amount}}