Panjang Umur Melalui Angkat Berat Namun Elakkan Ibuprofen

    • Angkat berat mampu meningkatkan jangka hayat warga veteran sebanyak 46%
    • Kecenderungan mengambil ubat tahan sakit untuk melegakan sakit-sakit selepas angkat berat akan ada.
    • Ubat Tahan Sakit (Ibuprofen) mampu meningkatkan risiko serangan jantung 50% selepas hanya seminggu penggunaan bahan tersebut.
    • Gunakan bahan alternatif bersifat natural seperti halia, kuaci, Capsaicin dan essential oil (lavender dll.) atau melakukan lebih banyak senaman regangan

Kajian dijalankan selama 15 tahun di Penn State College of Medicine mendapati warga veteran berumur 65 tahun keatas yang mengamalkan senaman angkat berat mempunyai jangka hayat lebih tinggi berbanding mereka yang tidak (1).  Salah seorang saintis dalam kajian tersebut, Jennifer Kraschnewski berkata angkat berat juga akan menjaga postur tulang dan badan agar lebih tegap, kurus dan lebih sihat.

 

 

Kajian tersebut menyatakan warga veteran yang angkat berat paling kurang dua kali seminggu mempunyai 46% kurang kebarangkalian untuk mati oleh apa-apa sebab. Juga 41% kurang keberangkalian mati serangan jantung dan 19% kurang kebarangkalian mati disebabkan kanser (1). Jadi lebih banyak sebab untuk warga veteran mula melangkah masuk ke gim-gim berdekatan.

 

Kebimbangan Dalam Penggunaan Ubat Tahan Sakit    

 

Kecenderungan yang tinggi untuk menggunakan ubat tahan sakit atau Ibuprofen perlu dielakkan bagi yang mengamalkan senaman angkat berat. Ibuprofen ialah salah satu jenis Non-Steroidal Anti-Inflammatory Drugs (NSAIDs) yang mempunyai kesan anti-radang dan penurunan suhu badan selain kesan analgesik (melegakan kesakitan) dan banyak dijumpai dalam ubat tahan sakit (3).

 

Menurut kajian BMJ (4), NSAIDs mampu meningkatkan risiko serangan jantung diantara 20% hingga 50% selepas hanya seminggu penggunaan bahan tersebut berbanding mereka yang tidak menggunakannya langsung. Manakala kajian Copenhagen University Hospital Gentofte menyatakan Ibuprofen merupakan yang paling tinggi diantara semua jenis NSAIDs.

 

 

Maka jika anda sakit dimana-mana bahagian selepas senaman angkat berat anda, cuba untuk elakkan daripada menggunakan ubat tahan sakit terutamanya Ibuprofen sebaliknya menggunakan bahan natural (5) seperti halia, kuaci, Capsaicin dan ‘essential oil’ (lavender dll) atau melakukan lebih banyak senaman regangan.

 

Tambah jangka hayat anda melalui angkat berat namun elakkan menggunakan Ibuprofen kerana ia berisiko mengurangkan pula jangka hayat anda.

 

Rujukan:

  1. https://news.psu.edu
  2. https://www.menshealth.com
  3. http://www.myhealth.gov.my/manfaat-dan-risiko-ubat-penahan-sakit/
  4. https://www.bmj.com/content/357/bmj.j1909
  5. https://newsmaven.io/natural-pain-relief-9-alternatives-to-ibuprofen-acetaminophen-or-aspirin

Older Post Newer Post


Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published

Sale

Unavailable

Sold Out

loader_img

    View Detail

    Item added to cart! View Cart.

    https://mylustre.com
    ${{amount}}