Pakai Topeng Muka Terlalu Lama? Anda Mungkin Mengalami Masalah Kulit Ini!

Sudah menjadi norma atau kebiasaan baru untuk kita keluar rumah dengan menggunakan topeng muka. Ia bagi mengurangkan risiko terkena jangkitan virus COVID-19. Namun akibat kerap atau memakai topeng muka secara berterusan, timbul pula masalah lain. Antaranya:

 

 

1.     Kulit jadi kering dan gatal

Kulit muka boleh menggelupas dan menjadi gatal jika kita memakai topeng muka terlalu lama. Lebih-lebih lagi jika ia diperbuat daripada kapas atau bahan yang boleh menyerap kelembapan.

 Penyelesaian:

  • Gunakan pencuci muka yang lembut.
  • Selepas mencuci, lap muka dengan kain lembut hingga kering. Elakkan menggosok muka.
  • Kemudian gunakan krim pelembap. Krim yang disyorkan ialah yang mengandungi ceramide, gylcerin dan hyaluronic acid kerana ia mampu mengekalkan kelembapan kulit.

 

2.     Jerawat

Bagi yang senang mendapat jerawat, topeng muka boleh menyebabkan jerawat bertambah dengan lebih teruk. Ini adalah kerana bakteria dan mikroorganisma lain boleh berkumpul dan membiak di sebalik topeng muka tersebut. Ditambah pula dengan kelembapan akibat peluh dan nafas. Jerawat jadi lebih mudah terbentuk!

Penyelesaian:

  • Guna pencuci muka bukan komedogenik (non-comedogenic) sebanyak dua kali sehari. Ia mampu menghalang penyumbatan liang pori.
  • Jika tiada keperluan elakkan keluar rumah. Ini sekaligus dapat mengurangkan penggunaan topeng muka.

 

3.     Rosacea

Rosacea adalah keadaan saluran darah pada wajah mengembang atau membesar menyebabkan dahi,hidung,pipi dan dagu menjadi kemerah-merahan. Antara punca ia berlaku adalah disebabkan kepanasan atau haba. Lebih-lebih lagi jika memakai topeng muka.

Penyelesaian:

Anda boleh mendapat beberapa jenis ubat bagi merawat rosacea di farmasi. Namun ia memerlukan preskripsi doktor terlebih dahulu. Anda juga boleh merenjis sedikit air sejuk pada kulit kemerahan untuk menyejukkannya.

 

4.     Dermatitis

Terlalu lama memakai topeng muka juga boleh merengsakan kulit. Masalah ini juga dikenali sebagai dermatitis. Ia menyebabkan kekeringan, kegatalan dan kemerahan pada kulit. Akibatnya kulit menggelupas, bersisik dan lebih teruk boleh membengkak.

Penyelesaian:

  • Anda boleh mengambil ubat antihistamin seperti Benadryl bagi kes dermatitis yang tidak serius dan sederhana.
  • Selain itu krim steroid topical yang mengandungi 1% kandungan hydrocortisone juga boleh digunakan
  • Anda juga boleh menggunakan pencuci muka lembut yang tidak merengsakan kulit.

 

5.     Rasa sakit di bahagian telinga dan hidung

Jika memakai topeng muka dalam tempoh yang lama sudah tentu bahagian telinga akan berasa tidak selesa dan sakit. Ia disebabkan oleh geseran antara topeng dan juga kulit wajah anda.

Penyelesaian:

Tanggalkan topeng muka jika anda berada di kawasan yang selamat. Ini dapat memberi kelegaan di bahagian telingan dan hidung anda.

 

Kesimpulannya, pemakaian topeng muka sememangnya perlu terutamanya jika berada di tempat awam. Namun jika anda mengalami masalah-masalah seperti di atas, cara yang lebih mudah ialah duduk sahaja di rumah jika tiada keperluan untuk keluar, ok?

 

Sumber

https://intermountainhealthcare.org/blogs/topics/covid-19/2020/04/face-masks-gloves-and-protecting-your-skin/

 

 


Older Post Newer Post


Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published

Sale

Unavailable

Sold Out

loader_img

    View Detail

    Item added to cart! View Cart.

    https://mylustre.com
    ${{amount}}