Otak Anda Adalah Apa Yang Anda Makan

Seperti mana anda menjaga enjin kereta kesayangan untuk kekal berprestasi tinggi seperti itu juga anda perlu mengambil berat perihal otak anda. Minyak hitam yang baik menghasilkan prestasi enjin yang baik, begitu juga pemakanan membentuk prestasi otak. Otak adalah pusat kawalan buat badan yang menjaga, baik dari segi penafasan, berfikir dan aktiviti seharian.

 

 

Umum mengetahui pemakanan penting untuk otak namun segelintir sahaja yang mengambil berat untuk menjaga pemakanan mereka. Maka artikel ini akan membincangkan tentang kepentingan diet seimbang buat otak.

 

Organ Paling Berisiko

Otak merupakan organ paling berisiko akibat pemakanan tidak sihat. Menurut penulis buku Brain Food, Lisa Mosconi Ph. D, makanan yang diterima oleh kita akan menyebarkan nutrisi dan dibawa melalui saluran darah sehingga sampai ke otak. Nutrisi yang sampai akan mengisi ruang sekaligus membentuk fabrik otak kita (1). Penuaan struktur dan fungsi utama dalam otak juga akan menjadi lebih cepat sekaligus akan menyebabkan Demensia, ‘Brain fog’ dan mengantuk andai kita tidak menjaga pemakanan dengan baik. Mosconi turut menyatakan kebimbangan tentang amalan diet untuk kurus tanpa menghiraukan kesan buruk kepada otak terutamanya dalam kalangan wanita.

 

 

Tipu Otak Anda

 

Tahukah anda, kajian daripada Fernando Gómez-Pinilla bertajuk Brain Foods: The effects of nutrients on brain function mendapati makanan bernutrisi tinggi mampu ‘menipu’ otak untuk mengawal pengambilan jumlah makanan. Ini sekaligus mampu mengekalkan berat badan ideal tanpa merisikokan kondisi otak kita (2). Nutrisi akan memantapkan Synaptic plasticity, satu kebolehan otak yang mengawal pengurangan atau peningkatan sesuatu aktiviti dilakukan oleh kita (3). Synaptic plasticity yang mantap mampu menjadi modulator metabolik lalu memberi respon kepada isyarat periferi untuk mengawal pengambilan makanan (2).

 

Senang kata apabila kita memberi nutrisi baik kepada otak maka otak akan membalas dengan lebih banyak faedah kepada seluruh badan kita. Jadi ayuh kita mula untuk mengambil berat perihal otak kita.

RUJUKAN:

  1. https://www.mindbodygreen.com/articles/the-brain-your-diet
  2. https://www.nature.com/articles/nrn2421#article-info
  3. https://www.physiology.org/doi/abs/10.1152/physrev.1958.38.1.91

Older Post Newer Post


Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published

Sale

Unavailable

Sold Out

loader_img

    View Detail

    Item added to cart! View Cart.

    https://mylustre.com
    ${{amount}}