Nasi Lemak 10 Menu Sarapan Tersihat Di Dunia

Biarpun namanya tidak langsung menampilkan ciri-ciri sebuah makanan sihat, jangan terkejut dengan khasiatnya. Menu sarapan kegemaran rakyat Malaysia dan Singapura ini mendaki nama dalam kategori 10 menu sarapan paling sihat di dunia (1).

Pencapaian itu dinobatkan dalam Majalah TIME, sebuah majalah berprestij berpangkalan di New York, Amerika Syarikat. Nasi lemak diakui mereka sebagai diet seimbang dan lengkap kerana mengandungi karbohidrat, protein, lemak, serat serta kalsium.

Apakah yang membuatkan menu berasaskan nasi, telur, sambal ikan bilis dan timun ini mendapat gelaran tersebut. Ayuh kita kupas khasiat setiap kandungan Nasi Lemak.

 

Nasi Santan

Nasi mempunyai glycaemik index (GI) yang tinggi namun kadarnya boleh diturunkan apabila dicampur bersama santan. Santan pula merupakan asid lemak yang dipanggil ‘asid laurik’ iaitu lemak yang sama jenis dengan susu ibu dan dapat membantu perkembangan otak dan juga menguatkan tulang (2).

Telur Rebus

Bahan ini mengandungi ‘choline’ dan ‘phosphytidylcholine’ dalam telur kuning yang boleh membantu mengelak longgokan kolestrol dan lemak dalam hati serta pembuluh darah. Kandungannya juga kaya Omega-3s.

Sambal Ikan Bilis

Sambal yang diperbuat dengan cili api mempunyai antioksida yang tinggi serta mampu mengaktifkan denyutan jantung dan merangsang peredaran darah dalam badan serta mengeluarkan gas daripada sistem pencernaan. Ia juga meningkatkan sistem imuniti badan.

Ikan bilis pula adalah sumber protein dan kalsium.

Timun

Melengkapi diet seimbang dalam nasi lemak ialah ulam yang kaya Potasium. Timun sangat berguna untuk membantu mengurangkan masalah tekanan darah rendah. Timun juga mengandungi ‘erepsin’ iaitu enzin yang membantu menghadam protein.


Makan Dalam Kadar Sederhana

Biarpun khasiat yang banyak nasi lemak masih perlu dimakan dalam kadar yang sederhana. Ini kerana nasi lemak dianggap sebagai menu sihat secara subjektif bergantung kepada faktor usia, jantina, pekerjaan dan rutin harian (3).

Untuk memastikan anda mendapat kelebihan nasi lemak secara menyeluruh anda perlulah menjaga waktu pengambilan dan kuantiti. Elakkan makan pada belah malam kerana kandungan kalorinya hanya sesuai untuk tenaga diperlukan untuk seharian bukan beberapa jam sebelum tidur. Amalkan juga suku suku separuh dalam kuantiti yang diambil. Selamat menjamu selera dengan nasi lemak okay.

 

Rujukan:

  1. https://www.bharian.com.my/node/136196
  2. https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2016/04/20/kenapa-nasi-lemak-makanan-yang-sihat/
  3. https://www.bharian.com.my/node/136545

Older Post Newer Post


Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published

Sale

Unavailable

Sold Out

loader_img

    View Detail

    Item added to cart! View Cart.

    https://mylustre.com
    ${{amount}}