Multitask vs Monotask: Mana satu lebih efisien?

Pada zaman serba pantas kini, skil multitasking sangat dituntut agar dimiliki oleh setiap orang terutama pada golongan pekerja. Majikan sering menuntut agar pekerja mereka mampu membuat lebih daripada satu kerja pada satu masa. Namun persoalannya, adakah multitasking sebuah cara bekerja yang efisien? Pernahkah anda mencuba monotasking?

Didalam artikel ini kita akan membandingkan efisiensi diantara multitasking dan monotasking.

 

Apakah Monotasking?

Mungkin ada diantara pembaca belum mengetahui apakah konsep monotasking.

Monotasking adalah amalan mendedikasikan diri kepada hanya satu tugas tertentu dan meminimumkan gangguan sehingga tugas selesai atau dalam tempoh masa yang ditetapkan sebelum berpindah kepada kerja lain (1). Berbeza dengan multitasking, iaitu sebuah keupayaan untuk membahagikan fokus kepada beberapa tugas.

Sebuah kajian pada 2011 menyatakan multitasking mempunyai 50% purata untuk menyelesaikan beberapa kerja dengan lebih cepat dan juga 50% kemungkinan untuk membuat kesilapan (2). Bermaksud anda terpaksa melakukan kerja itu semula.

Sebaliknya apabila anda monotasking, ia menjaga kesihatan mental anda. Ini disokong oleh kajian Earl Miller, professor neurosains Massachusetts Institute of Technology (MIT) mengatakan dengan ringkas “Otak kita tidak direka untuk bertukar-tukar kerja dalam satu masa, apabila ia dipaksa ia hanya akan menambah stres kognitif yang akhirnya akan menyebabkan keletihan dan burnout (1)”.

Fokus hanya satu kerja pada satu masa mampu mengurangkan kesilapan malah ia akan meluahkan kreativiti dan produktivti kerana anda menyalurkan sepenuh perhatian dan tenaga pada satu kerja.

 

Residu Perhatian

Kajian oleh Sophie Leroy, Professor Perniagaan daripada Universiti Minnesota mendapati konsep multitask boleh menyebabkan kesan dipanggil residu perhatian.

Sebuah analogi mudah tentang residu perhatian ialah:

Anda sedang fokus sepenuhnya dalam menulis sebuah artikel, tiba-tiba rakan kerja anda menegur dan memberitahu tentang satu masalah syarikat.

10 minit selepas berbual anda kembali kepada artikel anda. Di saat ini tumpuan anda telah terbahagi akibat perbualan tadi sekaligus membuatkan anda gagal menumpukan perhatian sepenuhnya kepada artikel tersebut dan anda kehilangan momentum di awal tadi.

Professor Sophie Leroy turut berkata, otak anda memerlukan sekurang-kurangnya 15 minit untuk kembali fokus kepada kerja yang anda hentikan buat seketika. Kajian beliau mendapati konsep multitasking akan menyebabkan gangguan kepada kepantasan, ketepatan dan kebijaksanaan seseorang dalam bekerja hanya kerana tabiat bertukar-tukar tugas pada satu masa (3).

 

Cara Mana Lebih Efisien?

Tidak dinafikan sukar untuk monotasking akibat lambakan kerja dan gangguan seperti e-mel, panggilan telefon, media sosial dan sebagainya. Malah ia seperti semua benda kini perlu disiapkan dengan segera!

Namun dengan mengadaptasikan monotasking ia mampu menyelesaikan kerja dengan lebih efisien dan anda akan terkejut dengan hasil kerja berbanding multitasking. Terdapat pelbagai tips boleh dicari secara online dalam bagaimana hendak lebih efisien ketika monotasking. Bak kata pepatah, bertanjak baharu tinjau bermaksud membuat kerja biarlah ada aturannya, monotasking mungkin adalah kunci kepada cara bekerja lebih efisien buat anda.

 

Rujukan:

  1. https://whatis.techtarget.com/definition/monotasking-single-tasking
  2. https://www.ucsf.edu/news/2011/04/9676/ucsf-study-multitasking-reveals-switching-glitch-aging-brain
  3. https://strongerhabits.com/attention-residue/

Older Post Newer Post


Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published

Sale

Unavailable

Sold Out

loader_img

    View Detail

    Item added to cart! View Cart.

    https://mylustre.com
    ${{amount}}