Minuman Dalam Kotak: Adakah Selamat Diminum? – MyLustre.com

Minuman Dalam Kotak: Adakah Selamat Diminum?

Pernah tak anda merasa ragu-ragu untuk minum air dalam kotak? Percayalah, anda bukan keseorangan! Minuman berkotak atau pembungkusan tetra pak banyak digunakan dalam produk seperti minuman dan juga aiskrim. Ia digunakan bagi:

 

  • Menghalang oksigen daripada memasukinya dan menghalang aroma minuman keluar
  • Mengekalkan rasa
  • Mengekalkan nutrisi
  • Mengekalkan kesegaran makanan

 

Kebiasaannya minuman dalam bungkusan ini telah melalu proses aseptik bagi memastikan minuman itu selamat diminum di mana sahaja dan pada bila-bila masa.

Bahan yang digunakan bagi pembungkusan tetra pak ialah:

  1. Kertas laminat
  1. Polietilena
  1. Kertas Aluminium

Apakah Caranya Untuk Memastikan Ia Selamat?

Sebagai pengguna berhemah, berikut adalah tip-tip yang anda boleh guna untuk memastikan minuman anda selamat…

A)  Semasa Membeli

  1. Kotak tidak kemek.
  2. Penutup tidak terbuka.
  3. Baca label bagi kandungan ramuan terutama amaran alergi dan sensitiviti.
  4. Semak arahan penyimpanan dan tarikh luput.
  5. Simpan dalam suhu yang dicadangkan bagi penyimpanan selamat.

B)  Semasa Minum

  1. Gunakan deria anda – Lihat, Hidu dan Rasa.
  2. JANGAN MINUM jika ada rasa pelik, warna yang berbeza dan bau kurang menyenangkan, 
  3. Jika tidak diminum, simpan dalam peti sejuk dan habiskan dalam tempoh yang disarankan.

 C)  Selepas Minum

  1. Buang kotak minuman dengan betul dan kitar semula untuk menyelamatkan bumi dan pokok.

 

Kesimpulan

Pembungkusan membantu kita mendapatkan produk yang dihasilkan dari seluruh dunia secara selamat, bersih, segar dan berkualiti. Kualiti produk berbeza daripada segi :

  • tarikh pemprosesan
  • tarikh luput
  • cara pemprosesan
  • teknologi pembungkusan yang digunakan. 

Pembungkusan juga dapat  memberikan perlindungan dan keperluan penyimpanan yang berbeza kepada produk sama ada perlu disimpan sejuk pada suhu bilik atau sejuk. Ia juga telah banyak membantu dalam pembangunan teknologi pembungkusan minuman. Ini memberi kelebihan kepada pengguna dalam membuat pilihan dengan kepelbagaian produk yang lebih segar, selamat dan berkhasiat di pasaran.

 

Rujukan :

 

Portal Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan : fsq.moh.gov.my

 

 


Older Post Newer Post


Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published

Sale

Unavailable

Sold Out

loader_img

    View Detail

    Item added to cart! View Cart.

    https://mylustre.com
    ${{amount}}