Mengapa Memelihara Kucing Bagus Untuk Kesihatan Anda

Ogos menyaksikan seluruh dunia menyambut Hari Kucing Antarabangsa (8 Ogos lalu), jom ketahui manfaat memelihara kucing yang sebenarnya bagus untuk kesihatan dan kesejahteraan hidup anda. Jangan terkejut jika kami mengatakan memelihara kucing mampu mengelakkan anda dari serangan jantung!

Kepada pencinta-pencinta kucing anda pasti gembira membaca artikel selanjutnya.

 

 

Manfaat Kesihatan Memelihara Kucing

 

  1. Mengatasi Kemurungan

 

Kehilangan orang tersayang pasti memberi kesan yang mendalam. Malah ia merupakan antara faktor utama gejala kemurungan yang telah banyak meragut nyawa. Disinilah tugas si comel dalam menjaga pemiliknya.

Walaupun mereka hanyalah haiwan namun kucing mampu membantu manusia mengatasi kesedihan dengan lebih cepat. Mereka berfungsi sebagai sokongan sosial ketika waktu susah yang kadang-kala manusia sendiri tidak mampu berikan kepada manusia lain (1).

 

 

  1. Kucing Mengurangkan Risiko Alahan (Untuk Bayi)

 

Kajian Institut Kesihatan Kebangsaan mendapati bayi dibawah umur 1 tahun yang terdedah kepada persekitaran bersama kucing mempunyai risiko yang rendah menghidap beberapa jenis alahan (3).

Keadaan tersebut membiasakan sistem badan bayi agar tidak alah dengan haiwan perliharaan dan turut melawan alergi lain seperti habuk debu, raguk, dan rumput.

 

 

 

  1. Pelihara Kucing, Pelihara Jantung

 

Tabiat membelai kucing mampu menenangkan pemiliknya. Satu kajian turut mendapati jika anda telah memelihara kucing lebih 10 tahun, risiko anda mati akibat serangan jantung dan angin ahmar kurang 30 peratus berbanding jika anda memelihara haiwan lain (1).

Pengkaji berpendapat ia mungkin mengambil faktor pemilik kucing lebih santai dan kurang tekanan dalam penjagaan berbanding haiwan peliharaan lain.

 

 

  1. Bunyi ‘Purr’ Yang Menyihatkan

 

Pencinta kucing pasti paling gembira apabila kucing membuat bunyi ‘purr’. Tahukah anda ia antara bunyi paling sedap didengari dan bunyi ini dikaitkan dengan rawatan terapeutik bagi tulang dan otot manusia (2).

Bunyi ‘purr’ kucing menghasilkan frekuansi bunyi pada 20-140 HZ dimana kajian mendapati frekuansi bunyi pada purata itu mempunyai kesan positif dalam penyembuhan pergerakan sendi yang tercedera. Walaubagaimanapun ia masih di peringkat kajian.

 

 

  1. Tidur Yang Lebih Berkualiti

 

Sebuah kaji selidik melibatkan rakyat United Kigdom mendapati, 41 peratus orang yang memiliki haiwan peliharaan bersetuju (terutama wanita) bahawa mereka tidur lebih lena apabila bersama haiwan peliharaan mereka (3).  Malah terdapat laporan mengatakan tidur mereka lebih berkualiti bersama kucing berbanding tidur bersama pasangan mereka sendiri!

 

Rujukan:

  1. http://mentalfloss.com/article/51154/10-scientific-benefits-being-cat-owner
  2. https://www.healthfitnessrevolution.com/top-10-health-benefits-owning-cat/
  3. https://www.goodnet.org/articles/7-scientifically-proven-health-benefits-being-cat-owner

Older Post Newer Post


Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published

Sale

Unavailable

Sold Out

loader_img

    View Detail

    Item added to cart! View Cart.

    https://mylustre.com
    ${{amount}}