Mengapa Anda Perlu Tutup Lampu Apabila Tidur?

Melatonin dihasilkan melalui kelenjar pineal di dalam otak dan bertindak mengawal selia proses badan seperti mood, tenaga dan selera manusia sehinggalah kepada kitaran bangun dan tidur. Menurut seorang doktor yang bernama Dr. Margaret Grose, cahaya tiruan pada waktu malam seperti cahaya lampu tidur boleh mengganggu penghasilan melatonin dalam tubuh manusia.

Kepentingan tidur dalam gelap

Jika seseorang terdedah kepada cahaya tiruan pada waktu malam, ia akan mengubah ‘jam tidur’ dalaman tubuh. Jam ini adalah suatu mekanisme biologi yang mengawal selia kitaran bangun tidur manusia sekaligus mempengaruhi kuantiti dan kualiti tidur seseorang. Melatonin yang dihasilkan dalam gelap membantu anda bersedia untuk tidur iaitu dengan cara menghantar isyarat kepada otak bahawa sudah tiba masa untuk tubuh anda berehat. Isyarat ini kemudiannya memulakan persediaan fisiologi tubuh untuk tidur seperti menurunkan suhu badan, relaksasi otot dan menghadirkan rasa mengantuk.

 

Cara untuk menyediakan diri sebelum tidur

  • Gunakan lampu kuning yang kurang cerah berbanding lampu putih untuk kurangkan pencahayaan dalam bilik

 

  • Bagi menggalakkan tubuh bersedia untuk tidur, kurangkan pencahayaan sejam sebelum waktu tidur.

 

  • Bagi mengelakkan mata anda kekal segar sebelum tidur, jangan guna sebarang gajet!

 

  • Bagi memudahkan anda tidur, gunakanlah topeng mata!

 

Mungkin ada yang tak biasa tidur atau takut tidur dalam gelap.Namun tidur dalam gelap bukan sahaja membuatkan anda tidur lebih lena, malah bil elektrik anda juga tidak akan melambung. Sihat dan jimat!

 

Sumber:

hellodoktor.com


Older Post Newer Post


Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published

Sale

Unavailable

Sold Out

loader_img

    View Detail

    Item added to cart! View Cart.

    https://mylustre.com
    ${{amount}}