Mas Cotek: Herba Ajaib dan Kebanggaan Orang Melayu

Mas cotek atau nama saintifiknya Ficus deltoidea adalah sejenis tumbuhan herba yang banyak digunakan dalam perubatan Melayu. Di Kepulauan Borneo pula ia dikenali sebagai Sempit-sempit. (3)

Kredit Foto: blog.sina.com

 

 Ia digelar mas cotek kerana setiap daunnya mempunyai bintik-bintik halus yang berwarna emas. Buahnya pula terdapat titik yang berwarna merah muda. Benih mas cotek disebarkan oleh burung yang memakan buahnya. Mas cotek boleh dikategorikan kepada mas cotek jantan dan mas cotek betina. Perbezaan kedua-duanya adalah dari segi rupa bentuk daun. Pokok mas cotek jantan mempunyai jenis daun yang kecil, tirus, nipis dan ringan manakala bahagian belakang daun terdapat bintik bewarna merah. (2)

 

Kredit Foto: greentropicals.wordpress.com

 

Secara tradisionalnya mas cotek digunakan untuk merapatkan pintu rahim, mengembalikan rahim pada kedudukan asal serta mengukuhkannya. Ia juga berupaya mengecutkan saluran peranakan. Selain itu mas cotek juga dapat membantu : (1)

  • Mengeluarkan toksin dalam badan
  • Melancarkan perjalanan darah
  • Mengubati Gout
  • Membuang kolestrol dan lemak
  • Buasir
  • Migraine /sakit kepala
  • Senggugut
  • Sakit pinggang
  • Keletihan
  • Masalah tidur
  • Merangsang hormon Lelaki
  • Sakit lutut
  • Mencantikkan dan melicinkan kulit

Kredit Foto: blog.sina.com

Untuk makluman anda, kajian penggunaan mas cotek secara tradisional masih dijalankan. Keberkesanan mas cotek terhadap penyakit-penyakit di atas walaubagaimanapun masih belum dapat dibuktikan secara ujian klinikal. (3)

 

Rujukan:

1)http://www.myhealth.gov.my

2) www.majalahsains.com

3) http://myagri.com.my

 


Older Post Newer Post


Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published

Sale

Unavailable

Sold Out

loader_img

    View Detail

    Item added to cart! View Cart.

    https://mylustre.com
    ${{amount}}